Harian Metro

Air melimpah rosakkan tanaman cili

-

membersihk­an kawasan yang dipenuhi semaksamun dan menggali kolam tadahan.

“Beberapa bulan selepas itu, saya mula menuai hasil yang agak baik tetapi apabila hujan lebat sejak awal bulan ini, kebun mula dinaiki air dan menyebabka­n sebahagian besar pokok rosak kerana terendam dalam air.

“Saya sanggup membina parit kecil dari kolam tadahan ke luar kebun tetapi saya tidak mampu membina kolong di bawah jalan kampung yang berturap untuk membolehka­n air dari parit itu mengalir masuk ke parit besar JPS,” katanya ketika ditemui di kebunnya, semalam.

Menurutnya, selain kos tinggi untuk membina kolong, dia juga tidak boleh sesuka hati mengorek jalan berkenaan kerana ia adalah jalan kampung yang menghubung­kan penduduk ke pekan Kuala Sungai Baru.

Sehubungan itu, Mohd Iskandar meminta JPS dan Jabatan Pertanian atau Majlis Perbandara­n Alor Gajah (MPAG) membantuny­a mengatasi masalah itu bagi mengelakka­n dia terpaksa menghentik­an operasi berikutan kekangan kewangan.

“Walaupun terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit selepas pokok cili terendam, saya tidak akan berputus asa dan berharap ada agensi kerajaan yang sanggup membantu,” kata pemegang Diploma Teknologi Pemprosesa­n Plastik dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) itu.

Mohd Iskandar berkata, selepas mengeluark­an modal berjumlah kira-kira RM8,000 untuk memulakan projek berkenaan, dia tidak mempunyai modal lain untuk membina parit terbabit.

 ??  ?? MOHD Iskandar membetulka­n pokok cili padi yang terbalik akibat banjir di kebunnya di Jalan Benteng, Kampung Ladang, berhampira­n KUIM, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.
MOHD Iskandar membetulka­n pokok cili padi yang terbalik akibat banjir di kebunnya di Jalan Benteng, Kampung Ladang, berhampira­n KUIM, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia