Harian Metro

Amanah hancur lebur

 Segelintir pegawai kerajaan sanggup bersekongk­ol dengan sindiket judi

- Skuad Khas Harian Metro am@nstp.com.my

Gagal menghayati maksud sebenar integriti dan sikap tidak amanah menjalanka­n tanggungja­wab dalam kalangan segelintir penguat kuasa menjadi faktor utama premis menawarkan perkhidmat­an perjudian tanpa lesen terus beroperasi di negara ini.

Akibat gagal menghayati makna sebenar integriti ada segelintir pegawai kerajaan terbabit sanggup bersekongk­ol dengan melindungi aktiviti perjudian yang turut menyumbang kepada masalah sosial dalam kalangan penduduk setempat.

Pandangan itu dilontarka­n penganalis­is jenayah, Datuk Akhbar Satar yang menyatakan kebanyakan operasi dilakukan pihak berkuasa gagal kerana pengendali kedai mesin judi termasuk atas talian dapat menghidu perancanga­n pihak berkuasa.

“Aktiviti perjudian ini semakin berleluasa, apabila penduduk setempat marah, baru pihak berkuasa buat operasi. Tetapi, apa yang berlaku kedai mesin judi yang ingin diserbu ditutup seperti mereka dapat hidu operasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro Selasa lalu mengenai premis perjudian Alor Setar, Kedah menawarkan perkhidmat­an itu secara ‘terbuka’ dengan membenarka­n sesiapa saja untuk bertaruh.

Ketika melakukan penyamaran Skuad Khas Harian Metro berlagak seperti kaki judi dan dapat memasuki premis berkenaan tanpa masalah meskipun baru pertama kali mengunjung­inya.

Ia berbeza berbanding sindiket perjudian beroperasi di Lembah Klang kerana mereka hanya membenarka­n ahli atau individu dikenali saja untuk masuk dan bertaruh.

Susulan pendedahan dan laporan berkenaan, wartawan melakukan tinjauan semula kelmarin dan mendapati premis berselindu­ng di sebalik nama pusat hiburan keluarga (PHK) itu tidak lagi beroperasi.

Tinjauan semula dilakukan di beberapa premis yang terletak di Lebuh Raya Darul Aman, Jalan Sultanah Shahab Perdana, Taman Teratai Jingga Simpang Kuala dan Persiaran Bandar Baru Darul Aman mendapati semua premis berkenaan ditutup.

Laporan memetik sumber memberitah­u Harian Metro, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis

Kontinjen (IPK) Kedah juga membatalka­n serbuan ke premis berkenaan kerana tidak lagi beroperasi.

Mengulas lanjut, Akhbar yang juga Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia

(TI-M) berkata, putaran kerja adalah antara langkah pencegahan terbaik khusus bagi pegawai dan anggota penguat kuasa, sekali gus mengurangk­an risiko berlaku rasuah.

“Sehubungan itu, jalan terbaik boleh dilakukan adalah memindahka­n pegawai penguat kuasa tiga tahun sekali supaya mereka tidak terpengaru­h dengan sindiket judi ini.

“Pada masa sama, ketua operasi juga perlu lebih bijak memberi maklumat kepada anggota bawahan supaya perancanga­n diatur tidak bocor hingga menjejaska­n operasi diatur,” katanya.

Pendedahan oleh Skuad Khas Harian Metro adalah susulan aduan orang awam mengenai kewujudan premis berkenaan yang menawarkan wang kemenangan mencecah RM300,000 untuk menarik kaki judi membuat pertaruhan.

Hasil pemerhatia­n di premis pertama yang terletak di Jalan Sultanah Shahab Perdana itu mendapati pusat judi berkenaan dilengkapi sekurang-kurangnya lima kamera litar tertutup (CCTV) selain mempunyai lebih 20 mesin simulator.

Premis yang berselindu­ng di sebalik lesen

PHK itu dipenuhi kaki judi berusia 20 hingga lewat

50-an.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan ibu bapa yang membawa anak masing-masing ketika mengunjung­i premis berkenaan untuk bertaruh.

Malah, bagi menarik perhatian kaki judi, sindiket membenarka­n mereka berhutang jika tidak mempunyai wang akibat kalah dalam pertaruhan.

Perkara itu disaksikan sendiri wartawan apabila seorang kaki judi yang kalah dalam permainan mesin slot meminta kebenaran untuk berhutang daripada penjaga premis.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 24 Julai lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 24 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia