Harian Metro

Sekat talian along langkah praktikal

-

Kuala Lumpur: Sekat talian yang digunakan along. Itu cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada kerajaan sebagai satu langkah segera bagi membendung isu ceti haram di negara ini.

Aktivis Kanannya, Muhammad Zharif Johor berkata, langkah itu dilihat praktikal bagi membendung aktiviti itu yang semakin meningkat terutama setiap kali selepas musim perayaan.

Beliau berkata, berdasarka­n kepada pengalaman mengendali­kan kes ceti haram sejak 10 tahun lalu, along menggunaka­n telefon bimbit sebagai alat pemasaran.

“Hanya talian telefon yang menghubung­kan antara along dan peminjam, begitu juga sebaliknya. PPIM pernah mencadangk­an kepada kerajaan satu masa dulu, tetapi tiada langkah susulan diambil.

“Kaedah itu mungkin boleh diperhalus­i, tetapi perlu segera kerana kajian kami mendapati, selain iklan dan promosi di laman sosial, telefon bimbit juga menjadi kaedah pemasaran terancang rangkaian along di Malaysia,” katanya ketika ditemui di Pejabat PPIM di sini, semalam.

Muhammad Zharif berkata, bukan saja promosi langsung menggunaka­n telefon bimbit, along juga menggunaka­n platform media sosial untuk mengumpan

mangsa.

Menurutnya, along menawarkan pinjaman mudah dan pinjaman tanpa cagaran dengan kadar faedah rendah.

Katanya, apa yang menimbulka­n persoalan adalah bagaimana mereka (along) mendapat nombor peribadi orang ramai dan ia perlu dibincangk­an secara bersama oleh pelbagai agensi berkaitan.

Mengulas isu sama, Muhammad Zharif berkata, pihaknya menerima lebih 20 aduan berkaitan pinjaman ceti haram dalam tempoh sebulan lalu.

Dia memberitah­u aduan berkenaan membabitka­n pinjaman ‘hari raya’ berjumlah RM1,000 hingga RM20,000.

“Kalau ikutkan trend dua tahun lalu, memang kes berkaitan along akan meningkat kerana peminjam mahukan duit dalam jumlah banyak untuk berhari raya dan beli barangan lain mengikut kehendak sendiri,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Zharif
MUHAMMAD Zharif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia