Harian Metro

Enggan merindu

 Isteri bawah umur tak mahu tinggal di pondok pengajian

- Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang berkahwin dengan peraih getah, enggan tinggal di pondok pengajian agama sama ada di Thailand atau negeri ini kerana tidak mahu berjauhan dengan suaminya.

Dia yang dikenali sebagai Ayu mahu terus tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Panggong Lalat, sambil meneruskan pengajian al-Quran, di sini, sehingga usianya 16 tahun.

Ibu kanak-kanak itu yang berusia 47 tahun berkata, dia memujuk Ayu beberapa kali supaya tinggal di pondok pengajian agama.

“Tapi, Ayu menolaknya kerana lebih selesa dan berminat meneruskan pengajian al-Quran di kampung ini. Suami dia juga menasihati Ayu supaya tinggal di sekolah pondok sama ada di Thailand atau di mana-mana saja di Kelantan sehingga umur 16 tahun.

“Dia menolak dengan alasan ingin mengaji al-Quran dulu dan tinggal bersama keluarga,” katanya di rumahnya di Kampung Panggong Lalat, semalam.

Pernikahan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun warga Thailand itu dengan peraih getah berusia 41 tahun di sebuah masjid dekat Sungai Golok, Selatan Thailand pada 18 Jun lalu, menjadi tular kerana membabitka­n pernikahan bawah umur.

Berikutan itu, peraih getah terbabit yang tinggal di Kampung Lalang, Kuala Betis, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang atas dua tuduhan.

Peraih getah itu didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah atas dua tuduhan iaitu berkahwin dan berpoligam­i tanpa kebenaran.

Ibu kanak-kanak itu menyifatka­n isu pernikahan anaknya itu selesai apabila mereka dalam proses mendapatka­n sijil nikah yang sah.

Wanita itu berkata, anak perempuann­ya akan melakukan pemeriksaa­n kesihatan terakhir di Hospital Gua Musang (HGM) pada 1 Ogos depan.

 ??  ?? AYU berbincang bersama ayahnya mengenai penolakan cadangan belajar di sekolah pondok sama ada di Thailand atau Kelantan.
AYU berbincang bersama ayahnya mengenai penolakan cadangan belajar di sekolah pondok sama ada di Thailand atau Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia