Harian Metro

Tumbesaran dua beradik terbantut

-

Tumpat: Usia mereka sudah menjangkau 11 dan lapan tahun namun saiz fizikal kedua-duanya tidak ubah seperti kanak-kanak berusia empat tahun.

Bukan hanya mengalami masalah tumbesaran terbantut, dua beradik iaitu Siti Nor Najwa Zulkifli dan adiknya, Mohamad Idham dari Kampung Pulau Tongkang, di sini, juga tidak mampu bercakap serta mendengar.

Ibu mereka Siti Rasidah Mamat, 42, berkata, anak kedua dan ketiganya hanya boleh mengeluark­an suara tetapi tidak boleh bertutur tanpa sebab yang diketahui.

“Kedua-dua anak saya mengalami masalah berkaitan tulang yang menyebabka­n tumbesaran mereka terbantut dan keadaan ini dikesan ketika masing-masing berusia setahun lebih.

“Pada asalnya, Siti Nor Najwa mengalami masalah sumbing di bahagian lelangit dan mahu menjalani pembedahan pada usia setahun lebih tetapi doktor menyedari anak saya ada masalah lain.

“Selepas dibuat beberapa ujian dan rawatan, doktor mengesahka­n anak saya mengalami masalah berkaitan tulang rapuh yang menyebabka­n dia dan adiknya dalam keadaan seperti sekarang,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Berbanding Siti Nor Najwa, keadaan Mohamad Idham lebih menyedihka­n kerana sejak beberapa bulan ini dia tidak mampu berdiri dan berjalan seperti sebelumnya.

Siti Rasidah berkata, dia menyedari tulang kedua-dua kaki Mohamad Idham semakin kecil dan kurus serta tidak mampu menampung beratnya.

“Tulang betisnya kelihatan agak bengkok manakala bahagian belakang Siti Nor Najwa juga sama (bengkok).

“Mohamad Idham hanya mampu mengengsot untuk bergerak dan didukung kerana sudah tidak boleh berjalan seperti dulu,” katanya.

 ??  ?? SITI Rasidah bersama dua anaknya, Siti Nor Najwa dan Mohammad Idham yang mengalami masalah tulang hingga tumbesaran terbantut di rumah mereka di Kampung Pulau Tongkang.
SITI Rasidah bersama dua anaknya, Siti Nor Najwa dan Mohammad Idham yang mengalami masalah tulang hingga tumbesaran terbantut di rumah mereka di Kampung Pulau Tongkang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia