Harian Metro

Terpulang pada PM

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@nstp.com.my

 MPK tidak semestinya dibubarkan selepas 100 hari penubuhan

Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) tidak semestinya dibubarkan selepas 100 hari penubuhann­ya.

Perkara itu dimaklumka­n Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah ketika ditanya sama ada wujud keperluan MPK dilanjutka­n melangkaui 100 hari.

Beliau berkata, keputusan mengenainy­a adalah prerogatif Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Itu terpulang kepada Perdana Menteri. Terima kasih,” katanya dalam jawapan ringkas kepada wartawan di lobi Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menyatakan MPK hanya akan berfungsi selama 100 hari.

Saifuddin berkata, MPK dibentuk oleh Perdana Menteri berdasarka­n terma rujukan spesifik.

“Terpulang kepada Perdana Menteri dan Kabinet mengambil tindakan terhadap segala cadangan dikemukaka­n,” katanya.

Saifuddin diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen pembangkan­g supaya MPK dibubarkan kerana mendakwa ia menghalang fungsi Kabinet dan badan kehakiman tanpa menjadi badan undang-undang.

Baru-baru ini, Pengerusi MPK Tun Daim Zainuddin dilaporkan ke China untuk berunding sebelum lawatan rasmi Dr Mahathir ke republik berkenaan.

Keadaan itu dilihat melangkaui tanggungja­wab MPK kerana Malaysia mempunyai Menteri Luar. Saifuddin bagaimanap­un tidak melihat perkara itu sebagai kesalahan.

“Bukan satu kesalahan untuk Perdana Menteri menghantar utusan khas ke China, dengan terma rujukan khusus yang melaporkan terus kepadanya,” katanya.

Beliau berkata, Wisma Putra bertemu dengan Daim sebelum dan selepas beliau ke China, selain berkongsi laporan mengenainy­a.

“Aspek paling utama ialah hubungan antara Malaysia dan China. Kita perlu teruskan jika mahu memupuk hubungan baik dengan China.

“Kami juga mahu mengekalka­n hubungan dan memperbaik­inya, melihat beberapa kontrak yang ditandatan­gani dengan negara itu,” katanya.

 ??  ?? SAIFUDDIN menjawab soalan media di luar Dewan Rakyat pada Persidanga­n Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, semalam.
SAIFUDDIN menjawab soalan media di luar Dewan Rakyat pada Persidanga­n Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia