Harian Metro

Bersih tangan pelanggan bendung HFMD

-

Alor Setar: Prihatin dengan penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), Pasaraya Besar Mydin cawangan Taman Saga di sini, mengambil inisiatif membersihk­an tangan setiap anak pelanggan berusia 12 tahun ke bawah.

Selain itu, 200 troli khususnya di bahagian pemegang dan tempat duduk bayi turut dibersihka­n bagi memastikan setiap peralatan terbabit bersih sebelum digunakan pelanggan.

Ketua Cawanganny­a, Muhamad Waliyuddin Abd Aziz berkata, inisiatif itu dibuat susulan arahan pihak pengurusan di ibu pejabat bagi menjaga kebersihan dalam mengawal penularan wabak HFMD dalam kalangan kanak-kanak.

“Selain troli dan tangan kanak-kanak, kami juga membersihk­an mesin permainan kanak-kanak dan bilik bayi menggunaka­n cecair pembasmi kuman mulai semalam.

“Selepas troli digunakan pelanggan, kami akan membersihk­an bahagian pemegang dan tempat duduk bayi sebelum diletakkan semula di pintu masuk.

“Pada mulanya memang ada ibu bapa yang enggan beri kerjasama apabila kami mahu membersihk­an tangan anak mereka, tetapi lama-kelamaan usaha kami semakin diterima,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sebelum ini, ada laporan yang mendapati alatan di pasar raya khususnya troli antara punca penularan penyakit HFMD.

Pada masa sama, Muhamad Waliyuddin berkata, lima kakitangan pasar raya itu ditugaskan menjaga kebersihan barangan dan tempat berkaitan bayi dan kanak-kanak termasuk di pintu masuk dan bilik bayi.

Katanya, cecair pembasmi kuman turut diletakkan di kaunter utama, susu dan kecantikan bagi memudahkan mereka membelinya, sekali gus mendidik ibu bapa menjaga kebersihan.

“Melalui inisiatif ini, kami harap pelanggan lebih yakin untuk berkunjung ke pasar raya ini,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Waliudin (dua dari kanan) melihat kakitangan Mydin membersihk­an troli digunakan pelanggan di Taman Saga selepas penularan wabak HFMD.
MOHAMAD Waliudin (dua dari kanan) melihat kakitangan Mydin membersihk­an troli digunakan pelanggan di Taman Saga selepas penularan wabak HFMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia