Harian Metro

Nafi tawar sewaan tanah Penceramah bebas dicekup

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@nstp.com.my

Batu Gajah: Kerajaan negeri menafikan pernah menawarkan sewaan tanah atau mengeluark­an lesen menduduki sementara (LMS) di Taman Alam Kinta, berikutan kawasan itu diwartakan Taman Negeri 17 Mac 2016.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing berkata, Perbadanan Taman Negeri Perak menerima laporan berlaku penceroboh­an tanah seluas empat hektar di taman itu untuk menjalanka­n aktiviti pertanian Selasa lalu.

Menurutnya, sebuah koperasi dikatakan membuat perjanjian dengan satu operator tempatan menyewa tanah itu dengan bayaran RM7,200 setahun.

“Kami meneliti dokumen itu tidak benar dan perjanjian yang dimeterai tidak mempunyai kelulusan Perbadanan Taman Negeri dan kerajaan negeri, jelas satu penceroboh­an.

“Susulan itu, kami membuat laporan polis 19 Julai lalu dan menyerahka­n kes kepada pihak berkuasa.

“Kegiatan atau penerokaan tanah di kawasan diwartakan salah di sisi undang-undang,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke taman burung, Taman Alam Kinta bagi melihat kawasan diceroboh, semalam.

Selain Taman Alam Kinta, Perak mempunyai tiga lagi taman negeri di bawah selenggara­an Perbadanan Taman Negeri iaitu Royal Belum di Gerik, Pulau Sembilan di Bagan Datuk dan Geopark di Lembah Kinta.

Taman Alam Kinta seluas 395.56 hektar itu menerima kunjungan 1,995 pelancong antara 29 September hingga 31 April lalu.

Seorang penceramah bebas yang juga pengerusi sebuah pertubuhan agama dicekup polis selepas dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an di daerah ini, Isnin lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, tangkapan dilakukan terhadap suspek berusia 30-an itu antara jam 3 petang hingga 7malam.

Menurutnya, tangkapan dilakukan selepas polis menerima laporan mangsa 9

 Suspek didakwa rogol gadis di ruang tamu

Mac lalu.

“Suspek ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat mangsa dan setakat ini siasatan masih dijalankan,” katanya.

Katanya, lelaki itu direman tujuh hari hingga 29 Julai ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sementara itu sumber berkata, suspek didakwa membawa mangsa ke rumahnya pada hari kejadian untuk makan tengah hari ketika anak dan isterinya tiada di rumah.

Katanya, suspek terlebih dulu menonton televisyen bersama mangsa sebelum merogolnya di ruang tamu.

“Sebaik laporan diterima, polis memburu lelaki yang membuat ceramah agama di seluruh negara.

“Petang kelmarin, polis menahannya,” katanya.

 ??  ?? TAN (dua kiri) meninjau kawasan dalam proses meratakan tanah untuk aktiviti tanaman kontan di Taman Alam Kinta, Batu Gajah.
TAN (dua kiri) meninjau kawasan dalam proses meratakan tanah untuk aktiviti tanaman kontan di Taman Alam Kinta, Batu Gajah.
 ??  ?? NOOR Azam
NOOR Azam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia