Harian Metro

Peras duit ayah

- Essa Abu Yamin cnews@nstp.com.my

 Wanita bersubahat dengan kekasih perdaya konon diculik

Helah wanita berusia 21 tahun yang mendakwa menjadi mangsa culik terbongkar selepas polis memberkasn­ya di Stesen Bas Muar pada Isnin lalu.

Teman lelaki wanita itu yang didakwa bersubahat turut ditahan di rumahnya di Cheras, Kuala Lumpur jam 6.30 petang hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pengadu iaitu bapa wanita berkenaan membuat laporan polis selepas dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali pada Jumaat lalu yang mendakwa anaknya berada di bawah jagaannya.

“Lelaki berkenaan memeras bapa wanita itu supaya membayar wang RM50,000 jika mahu mangsa dilepaskan dan jika tidak dia akan melakukan sesuatu terhadap ‘mangsa’.

“Bapa wanita itu ada menghubung­i anaknya tetapi panggilann­ya tidak berjawab sebelum telefon bimbitnya dimatikan.

“Suspek juga memberitah­u bapa wanita itu bahawa dia mahu mencari rakan lelaki anaknya yang dikenali sebagai Toto dan menjalanka­n perniagaan bersama wanita terbabit,” katanya.

Menurut Abdul Wahib, suspek lelaki juga ada beritahu kepada bapa teman wanitanya itu akan membebaska­n mangsa jika Toto berjumpa dengannya.

Katanya, Toto yang dihubungi keluarga wanita itu pula memaklumka­n berada di Taiwan.

“Siasatan mendapati suspek mengaku disuruh oleh wanita itu menghubung­i ayahnya bagi meminta wang dengan menyatakan­nya diculik.

“Siasatan awal mendapati dakwaan culik itu adalah lakonan semata-mata oleh wanita dan teman lelakinya bertujuan mendapatka­n duit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mereka direman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia