Harian Metro

Bawa bayi keluar wad tanpa bayar bil

-

Kuantan: Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, menafikan dakwaan kejadian seorang wanita warga Myanmar melarikan bayi yang baru dilahirkan­nya dari wad bersalin, petang kelmarin.

Pengarahny­a Dr Norazmi Abdullah berkata, sebaliknya apa yang berlaku adalah ibu kepada bayi itu keluar wad ketika proses pembayaran bil tanpa pengetahua­n pihak hospital.

“Perkara sebenarnya adalah seorang pesakit warga Myanmar keluar wad bersama bayinya ketika proses pembayaran bil hospital.

“Kami sudah membuat laporan polis yang mana ia mengikut prosedur selepas menyedari bahawa dia tidak ada di katilnya. Jadi, kita membuat laporan kepada polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Sebenarnya, tiada isu mengatakan bayi itu diletakkan dalam beg seperti didakwa atau bawa lari bayi, tetapi wanita itu keluar bersama bayi tanpa membayar bil,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau mengulas kejadian seorang wanita warga Myanmar yang masih dalam pantang didakwa membawa lari bayi baru dilahirkan di HTAA, kira-kira jam 6 petang kelmarin, dipercayai kerana tidak mampu membayar bil.

Kejadian

itu disedari oleh seorang jururawat yang bertugas selepas mendapati ibu berkenaan bersama bayinya tiada di katil. Difahamkan, kos bayaran bersalin bagi warga asing mencecah RM2,500 hingga RM7,000 mengikut kelas wad yang disediakan.

Norazmi berkata, menjadi prosedur hospital jika pesakit yang tidak keluar tanpa membayar bil untuk dilaporkan kepada pihak polis.

Beliau berkata, wanita terbabit mengelak daripada membayar bil dan meninggalk­an hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia