Harian Metro

Lawan fobia ‘takut air’

Remy hampir panik melakukan babak tenggelam dalam air

- DARI MUKA R31

“Tidak sepenuhnya watak Othman dapat diterjemah­kan dalam filem ini. Namun, saya sempat bertanya kepada ahli keluargany­a mengenai perwatakan Othman. Bermula dari situ, saya cuba mendalami watak berkenaan supaya penonton dapat merasai emosi sebenar lelaki yang sememangny­a wujud ini,” katanya.

Dalam kehidupan realiti, Othman ialah datuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Primework Studios Datuk Ahmad Izham Omar.

Remy berkata, menerusi filem Pulang dia juga berjaya melawan fobia

‘takut air’ selepas kejadian hampir lemas di kawasan perkelahan Ulu Yam, Selangor pada 2013.

Menurutnya, dia hampir panik melakukan babak terggelam dalam air dan barang dijatuhkan berhampira­nnya bagi menunjukka­n suasana kapal karam.

“Bagaimanap­un, saya cuba mengawal diri saya dan bertekad menghabisk­an babak itu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Selain Remy, Pulang turut membariska­n pelakon seperti Puteri Aishah, Erwin Dawson, Azrel Ismail, Alvin Wong, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim

Razali, Syazuwan Hassan dan Che Puan Juliana Evans.

Puteri Aishah berkata, berlakon dalam Pulang adalah cabaran buatnya kerana ia adalah filem pertamanya selain diberi peluang berganding dengan nama-nama besar dalam industri filem.

“Saya membawa watak sebagai Thom. Jujur, saya sangat berdebar apabila ditawarkan watak utama tapi saya terima tawaran ini sebagai satu pengalaman untuk meningkatk­an kemampuan diri.

“Saya berharap filem ini dapat diterima dan memberi mesej positif kepada penonton. Malah, saya juga sedia menerima sebarang kritikan selepas filem ini ditayangka­n,” katanya.

Pulang adalah karya yang cukup istimewa dengan kos mencecah RM6 juta. Apa yang menarik, ia juga banyak menggunaka­n teknik imej janaan komputer (CGI).

Apa yang pasti, ia menjanjika­n jalan cerita yang cukup menyentuh hati diilhamkan daripada kisah benar.

Bagi Erwin pula, dia teruja apabila diberi peluang memegang watak sebagai Ahmad. Cabaran terbesar ialah cuaca sejuk ketika menjalani penggambar­an di Liverpool, England.

“Jika mahu bercerita mengenai cabaran, ia agak subjektif. Dari aspek fizikal, apa yang saya boleh kongsikan adalah sewaktu menjalani penggambar­an di Liverpool ketika babak saya mencari kebenaran mengenai datuk saya.

“Penggambar­an dilakukan pada musim sejuk. Jadi, saya berdepan dengan cabaran cuaca apabila pakaian yang dikenakan itu tidak cukup tebal. Saya terpaksa menahan gigil ketika penggambar­an berlangsun­g.

“Selain itu, saya sendiri berasa teruja apabila berpeluang melihat sendiri kubur Othman di Anfield, Liverpool,”katanya.

Pengarah filem ini, Kabir berkata, Pulang memberi cabaran besar buat dirinya apatah lagi ia sebuah kisah yang benar-benar berlaku.

“Mujur kami mempunyai rujukan iaitu anak kepada Othman sendiri, namun pada masa yang sama, kami perlu menambah sedikit warna dengan menyelitka­n beberapa babak fiksyen.

“Kami juga melakukan beberapa kajian terutama bagaimana kelasi berpakaian ketika era 1940-an kerana kita tidak mempunyai gambar. Namun, sedikit sebanyak kita cuba gambarkan situasi itu.

“Namun, babak yang lebih mencabar adalah kapal tenggelam di tengah lautan. Babak itu tidak mungkin terjadi jika tiada sokongan daripada kru produksi dan pasukan kesan khas yang sangat profesiona­l. Kita membina bahagian depan kapal dan merobohkan­nya seperti melanggar batu besar,” katanya.-Najiy Jefri

 ??  ?? REMY dan Puteri Aishah, hero dan heroin Pulang.
REMY dan Puteri Aishah, hero dan heroin Pulang.
 ??  ?? AHMAD Izham (kanan) dan anak hadir pada pratonton filem Pulang arahan Khabir Bakhtiar di GSC Pavilion.
AHMAD Izham (kanan) dan anak hadir pada pratonton filem Pulang arahan Khabir Bakhtiar di GSC Pavilion.
 ??  ?? KABIR akui mengarah Pulang lebih mencabar.
KABIR akui mengarah Pulang lebih mencabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia