Harian Metro

Apple Watch 3

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Relevan hingga kini

Apple Watch 3 atau Apple Watch Series 3 bukan sekadar evolusi Apple Watch 2, namun ia adalah pengganti langsung yang mengagumka­n.

Jam pintar Apple

Watch 3 tersedia dalam dua bentuk iaitu dengan sambungan selular manakala satu lagi hanya GPS. Untuk kedua-duanya, terdapat satu set cip baru di dalam.

Sebagai pengganti

Apple Watch 2, peranti ini jam pintar utama untuk kecergasan dan pengesan aktiviti dengan pengesanan larian dan kitaran dan tahan air untuk berenang ditambah pemantau kadar jantung yang sama di bahagian bawah.

Seperti Apple Watch lain yang masih dijual, Watch 3 beroperasi pada WatchOS 4 yang terkini iaitu peningkata­n penting dan berguna.

Adakah kita memerlukan LTE jika mahu membeli versi yang boleh membuat panggilan? Bagi penguji tidak perlu jadi lebih baik untuk membeli versi GPS saja.

Namun jika anda mahu membeli versi LTE, adakah itu bermakna anda boleh membeli jam pintar tanpa memiliki iPhone? Malangnya tidak.

Pada hakikatnya, ia bermakna anda boleh menerima panggilan telefon dan beberapa pemberitah­uan apabila telefon anda berada di rumah tetapi jika tidak, ia bergantung sepenuhnya kepada telefon bimbit anda.

Dari segi pemberitah­uan, jika aplikasi yang anda ingin gunakan tidak ditingkatk­an untuk berfungsi dalam ‘mod sendiri’ maka anda tidak akan mendapat kemas kini dan pemberitah­uan 

 



  walaupun jika sambungan LTE didayakan.

Reka bentuk Apple Watch 3 hampir sama dengan model terdahulu dan skrinnya masih terang.

Reka bentuk Apple Watch menjadi ikon yang cantik dengan cara orang tahu anda sedang memakai sebuah jam pintar keluaran Apple tanpa perlu tahu modelnya.

Tidak seperti iPhone, kita tidak nampak keperluan untuk menaikkan reka bentuk yang banyak dengan jam tangan dan Apple melakukann­ya dengan baik untuk memastikan casis hampir sama kerana memasukkan set cip chipset dalam dua saiz peranti (38mm dan 42mm).

Terdapat sedikit peningkata­n dalam proses pembuatan dengan klik pada Digital Crown atau butang kuasa terasa lebih kukuh berbanding Apple Watch 2.

Rekaannya terutama antaramuka nampak halus dan Digital Crown berfungsi dengan baik.

Ia elegan dan ringan, mempunyai paparan 1.65 inci (pada versi 42mm) pastinya saiz dan bentuk yang optimum untuk memaparkan lebih banyak data.

Skrin itu sendiri menggunaka­n teknologi OLED, menjadi nilai utama apabila ia jelas, terang dan mudah lihat.

Untuk dibawa berenang, tentu sekali ia peranti yang wajib beli!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia