Harian Metro

Huawei Nova 3, 3i

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Telefon baru trendy

Aura selebriti terkemuka, Hannah Delisha masih segar dalam model telefon terbaru yang dilancarka­n Huawei iaitu Nova 3 dan Nova 3i.

Huawei Nova 3 dan

Nova 3i masing-masing mempunyai empat kamera iaitu dua di depan serta dua lagi di belakang.

Huawei Nova 3 berharga RM1,899 manakala Nova 3i pula RM1,249.

Uniknya, Huawei membawakan fungsi kecerdasan buatan (AI) pada kamera depan dengan lapan senario, antaranya langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah.

Model telefon Nova 3i menggunaka­n pemprosesa­n Kirin 710 iaitu 4 x cortex A73 2.2GHz+ 4 x cortex A53 1.76GHz manakala Nova 3 akan menggunaka­n Kirin 970.

Masing-masing didatangka­n dengan RAM 4GB (Nova 3i) dan 6GB (Nova 3) manakala ROM tersedia adalah 128GB.

Nova 3i mempunyai skrin 6.3 inci FHD+ iaitu enam peratus lebih besar berbanding Nova 2i berasaskan nisbah skrin 19.5:9 (2340 x 1080). Skrinnya lebih cerah berbanding Nova 2i dengan 85 peratus warna NTSC gamut.

Jika Nova 2i mempunyai nisbah-ke-badan 76 peratus, Nova 3i pula 81 peratus.

Menariknya, ia mempunyai warna aurora gabungan ungu dan biru yang mana model ‘flagship Huawei iaitu warna Twilight pada P20 Pro adalah ungu dan biru.

Kamera pula menyaksika­n ia mempunyai kamera belakang 24MP+2MP.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia