Harian Metro

JOM MENGEMBARA BERSAMA POKEMON!

- Hazril Md Nor KUMPUL LEBIH BANYAK POKEMON EVOLUSI GUNAKAN GERAKAN DENGAN BETUL CUBA TEKNIK BERBEZA

Tahun ini, terdapat beberapa permainan Pokemon di pelbagai platform antaranya Nintendo Switch dan peranti pintar. Pokemon Quest adalah permainan terbaru di Appstore dan PlayStore, ditawarkan kepada peminat yang dahagakan kembara baru bersama Pikachu dan rakan.

Dalam permainan ini, anda mengembara di Pulau Tumblecuba yang terbahagi kepada beberapa kawasan dan peringkat. Anda akan menempuhi peringkat demi peringkat dengan tiga Pokemon yang diperlukan untuk melawan Pokemon liar.

Objektif anda ialah menggabung­kan ketiga-tiga Pokemon dalam satu kumpulan untuk menguatkan lagi kekuatan kumpulan. Tahap kekuatan bergantung kepada peringkat (level) dan batu berkuasa yang boleh dilengkapk­an kepada setiap Pokemon bagi menambah jumlah nyawa atau serangan.

Pokemon ini hanya boleh dikumpul dengan aktiviti memasak. Anda tak perlu lagi membaling Pokeball sebaliknya menarik Pokemon liar dengan memasak resipi kegemaran mereka.

Apabila anda habis memasak, anda perlu menunggu giliran untuk Pokemon datang melawat. Contohnya, main empat kali ‚stage‘ untuk menyiapkan satu hidangan.

Yang menariknya, setiap hidangan akan menentukan Pokemon jenis apa akan ditemui. Hidangan ini juga perlu menggunaka­n beberapa bahan yang boleh ditentukan oleh pemain sendiri. Sebagai contoh, Pikachu akan tertarik dengan bahan lebih lembut dan kekuningan.

Pokemon ini akan lebih kuat apabila mereka berlawan lebih kerap. Pada satu tahap, Pokemon anda akan berevolusi ke tahap lebih tinggi.

Sebagai contoh,

Pikachu dan Squirtle boleh berevolusi kepada Raichu dan Wartotle apabila ia mencecah peringkat tertentu. Bagaimanap­un, bagi Eevee, anda perlu meneroka sendiri keunikan Pokemon ini yang mampu berevolusi kepada lebih empat jenis Pokemon.

Dalam perlawanan yang otomatik ini, anda tak boleh mengatur pergerakan sesuka hati. Kehebatan seseorang pemain bergantung kepada jenis kuasa dan jenis Pokemon digunakan. Sebagai contoh, Charmander yang bersifat api mempunyai kekuatan ke atas Pokemon bersifat alam semula jadi.

Setiap Pokemon hanya mempunyai dua jenis kuasa dan akan memberikan impak tertentu apabila digunakan. Sekiranya kombo ini digunakan dengan berkesan bersama dua lagi Pokemon lain, lebih mudah untuk anda meraih kemenangan!

Kalau anda tak menyukai gerakan Pokemon yang ada, anda boleh menggunaka­n

‚Move Training‘ untuknya mempelajar­i gerakan lain. Namun, ia bergantung kepada nasib semata-mata.

Dalam permainan yang mempunyai lebih

100 Pokemon ini, anda boleh menggabung­kan beberapa teknik berlainan. Contohnya, gunakan Pokemon yang mempunyai serangan dekat berada di depan dan yang jauh di belakang.

Selain itu, cuba eksperimen perkara baru dengan menggabung­kan Pokemon yang berlainan jenis, contohnya api, air dan elektrik. Dengan cara ini, kumpulan Pokemon anda lebih seimbang dan sesuai untuk melawan musuh yang tak dapat diduga!

 ??  ??
 ?? Gen.y@hmetro.com.my ??
Gen.y@hmetro.com.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia