Harian Metro

Terlewat...

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Satu per satu rakan mereka diserang penyakit kronik akibat gaya hidup kurang sihat malah ada antaranya ‘pergi’ lebih dahulu dan meninggalk­an anak yang masih kecil.

Nasib yang menimpa rakan memberi tamparan hebat buat pasangan suami isteri ini apatah lagi mengenangk­an nasib satu-satunya permata hati jika mereka berterusan mengamalka­n gaya hidup sebegitu.

Tiga tahun lalu Zuraima Mohd Ismail, 43, dan suami, Zainul Firdaus Zainul Abidin, 44, yang dikategori­kan obes dengan berat badan masing-masing 78 kilogram (kg) dan 94kg mula sedar mereka perlu lakukan perubahan selepas melihat nasib yang menimpa sebilangan rakan kerana tidak menjaga kesihatan.

Zuraima berkata, selain cepat mengah, melihat badannya yang besar cukup membuatnya tertekan malah dia tidak gembira dan sering berasa rendah diri.

“Kemuncakny­a apabila beberapa kenalan saya jatuh sakit dan ada yang meninggal dunia. Kebanyakan­nya meninggalk­an anak yang kecil. Memang ajal maut itu di ketentuan Allah, tetapi sebagai manusia, kita dituntut berusaha menjaga kesihatan sebaik-baiknya.

“Saya terkenangk­an satu-satunya anak, Eyaan, yang ketika itu hanya berusia enam tahun. Saya terfikir, bagaimana kebajikann­ya sekiranya saya dan suami jatuh sakit?

“Pada usia semuda itu, mampukah dia menjaga kami dan adilkah meletakkan tugas yang amat berat kepadanya, hanya kerana kami enggan menjaga kesihatan diri sendiri.

“Saya lantas mengajak suami untuk bersenam bersama tapi dia awalnya tidak berminat. Saya mulakan dengan berjalan bersama jiran di kawasan perumahan, dan mencari kelas senaman seperti yoga dan zumba,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia