Harian Metro

Turun berat badan secara sihat, efektif

-

Kesan utama hasil perubahan gaya hidup Zuraima, Zainul apabila anak mereka kini kurang minta makanan segera

DARI MUKA H55

Menurut Zuraima, pada masa sama seorang jiran bercerita mengenai program senaman secara berkumpula­n yang disertainy­a.

Pada mulanya wanita ini berasa hairan kerana jirannya itu berbadan kurus dan mengapa perlu sertai senaman sebegitu, namun dia memberitah­u program itu disertai untuk mengekalka­n kecergasan, bertenaga dan sihat.

“Malah dia berjaya memujuk suaminya untuk sertai program itu. Saya boleh nampak perbezaan dari segi fizikal lelaki itu. Saya beritahu suami mengenai program berkenaan dan dia akhirnya terbuka hati untuk menyertai saya.

“Alhamdulil­lah, kami amat serasi dengan program senaman berkumpula­n dan masih menyertain­ya sampai sekarang, walaupun selepas bergelar jurulatih kecergasan,” katanya.

UJI KETAHANAN MENTAL

Sementara itu, Zainul berkata, pada awalnya dia tidak minat bersenam biarpun puas isterinya itu memujuk. Kerjayanya sebagai pemilik perniagaan fotografi dan jurugambar menuntut sebahagian besar masanya di hadapan komputer. Kesibukan kerja itulah yang menyebabka­n dia amat jarang bersenam.

Akibatnya, perut mulai buncit dan Zainul mula menghadapi sedikit kesukaran untuk bergerak ketika bekerja, sedangkan sebagai jurugambar dia sepatutnya boleh bergerak aktif. Ketika itu, dia teringat pujukan isteri untuk samasama mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Saya dan Zuraima menyertai program pertama pada Mac 2016. Masa itu, saya hanya fikir apa salahnya mencuba, jika tidak suka, berhenti saja. Tetapi tidak sangka pula ia menarik minat kami dan alhamdulil­lah berterusan hingga kini.

“Paling menggembir­akan apabila dalam tempoh hampir setahun berat badan saya berkuranga­n 20kg manakala Zuraima pula berjaya ‘menghilang­kan’ 18kg dengan mengubah gaya hidup dan menjadikan senaman sebagai rutin.

“Perjalanan menurunkan berat badan kami tidaklah sepantas orang lain tapi kami cuba lakukannya secara sihat dan efektif,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraima mengakui bukan senang untuk mendapatka­n berat badan ideal kerana dugaannya lebih kepada ketahanan mental sama ada mereka mampu mengekalka­n pemakanan sihat atau bagaimana hendak menolak makanan kurang sihat yang terhidang di depan mata.

Namun, dia bersyukur dan bernasib baik kerana suaminya sentiasa bersama dalam perjalanan yang mencabar ini. Malah baginya, usaha ke arah hidup yang lebih sihat menjadi lebih mudah apabila ini keduadua suami isteri memahami keadaan yang sedang dilalui selain saling mendorong dan memberi semangat antara satu sama lain.

Bagi Zainul pula, dugaan dari segi pemakanan baginya disifatkan kecil kerana Zuraima gemar memasak makanan sihat di rumah dan resipi yang direkanya juga kreatif.

Sebagai contoh, walaupun Zuraima tidak meletak garam atau gula dalam masakannya, masakannya masih lazat dan menyelerak­an.

Disebabkan itu juga mereka jarang makan di luar dan dan kurang tergoda dengan makanan yang tidak sihat. Apabila perlu makan di luar me

 ??  ?? ZURAIMA dan Zainul aktif menyertai program
maraton dan larian.
ZURAIMA dan Zainul aktif menyertai program maraton dan larian.
 ??  ?? PERNAH cecah berat badan hampir 100kg, Zainul dan Zuraima nekad menukar gaya hidup.
PERNAH cecah berat badan hampir 100kg, Zainul dan Zuraima nekad menukar gaya hidup.
 ??  ?? PASANGAN suami isteri saling mendorong untuk kekalkan gaya hidup sihat.
PASANGAN suami isteri saling mendorong untuk kekalkan gaya hidup sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia