Harian Metro

Galak lebih ramai jadi aktif

-

Pilihan sesuai untuk individu mengalami masalah kesihatan

DARI MUKA H55

Meskipun bola sepak berjalan ini sudah lama bertapak di United Kingdom dan makin popular di Singapura, ia kurang dikenali di Malaysia.

Jelas pelatih selebriti dari Singapura merangkap pakar fisiologi, Dee Dee Mahmood yang turut menjalanka­n kajian mengenai bola sepak berjalan ini bersama Universiti Edith Cowan Australia, sukan menarik ini adalah sebahagian daripada projek penyelidik­an yang berusaha meneroka impak latihan terhadap golongan obes dan pesakit kanser.

“Disebabkan bola sepak berjalan memerlukan sentuhan tubuh yang minimum dengan risiko kecederaan yang lebih rendah, ia pilihan sesuai untuk individu yang mengalami masalah kesihatan.

“Peserta lazimnya terdiri daripada golongan obes, pesakit diabetes, hipertensi dan kanser yang berusia antara 30 hingga 70 tahun.

“Bola sepak berjalan sama seperti bermain bola sepak biasa, cuma ia pada kadar yang lebih perlahan.

“Ia sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakk­an lebih ramai individu terbabit aktif dalam acara berbentuk fizikal. Apa yang penting, ia mudah dan menyeronok­kan,” katanya.

Bagi memperliha­tkan bagaimana bola sepak berjalan diadakan, pasukan Eunos CSS dari Singapura hadir memeriahka­n Hari Bola Sepak akar Umbi AFC 2018 (AFC Grassroots Football Day 2018) di Wisma FAM, Kelana Jaya, barubaru ini.

Pasukan Eunos CSS terdiri daripada Masazhari Yayit, Hanafe Abdul Ghani, Mohamed Junaidi Songab, Mohamed Rafee Abdul Rahman, Ismail Abdul Jamal, Rohaizat Abdul Rasik, Masykur Abdul Malek, Hamdi Bakri, Muhammad Shahrom Asmani dan

Ben Danial Salle beraksi dalam perlawanan persabahat­an selama 30 minit dengan pasukan Legenda Malaysia.

Skuad Legenda Malaysia pula terdiri daripada Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Datuk Yap, Datuk Windsor, Datuk Hamidin, Kevin Ramalingam, Dez Corkhill, Stanley Bernard, B. Sathianath­an dan Simon Lim.

Sementara itu, kajian mengenai bola sepak berjalan ini turut dibentangk­an Dee Dee di American College of Sports Medicine pada Februari lalu di Oregon, Amerika Syarikat.

Kajian mengenai kelebihann­ya masih diteruskan dan jelajah bola sepak berjalan Malaysia yang bakal berlangsun­g di beberapa negeri antaranya Negeri Sembilan serta Melaka pada bulan depan turut menjadi sebahagian daripada kajian itu.-Nor Faizah Mohamed

 ??  ?? KELAB Eunos CSC Singapura bersama
pasukan Legenda Malaysia.
KELAB Eunos CSC Singapura bersama pasukan Legenda Malaysia.
 ??  ?? DEE Dee (kiri, berdiri) memberi
penerangan mengenai bola sepak berjalan kepada pasukan Legenda Malaysia.
DEE Dee (kiri, berdiri) memberi penerangan mengenai bola sepak berjalan kepada pasukan Legenda Malaysia.
 ??  ?? BOLA sepak
berjalan membolehka­n warga emas terbabit aktif dalam sukan
tanpa membebanka­n
diri.
BOLA sepak berjalan membolehka­n warga emas terbabit aktif dalam sukan tanpa membebanka­n diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia