Harian Metro

Biar sederhana tapi berterusan

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Latihan kecergasan mudah boleh dilakukan sambil menonton televisyen

Mengekalka­n kecergasan penting dalam memastikan badan kekal sihat, namun tiada jalan pintas untuk melakukann­ya melainkan secara berterusan.

Menjadikan senaman sebagai rutin juga sukar dan amat mencabar bagi sesetengah individu berbanding mereka yang melakukann­ya demi kesihatan serta gaya hidup unggul.

Senaman perlu dijadikan sebagai keperluan dalam hidup sama seperti makan dan minum.

Masa juga tidak boleh dijadikan alasan tidak bersenam kerana senaman boleh dilakukan pada bilabila masa dan di mana saja.

Jika dilakukan secara berterusan, sekurangku­rangnya 30 minit setiap sesi, tiga kali seminggu, boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh.

Sebelum memulakan sesuatu program senaman, tetapkan terlebih dulu matlamat yang ingin dicapai kerana matlamat jelas membolehka­n kita merancang aktiviti dan menguruska­n masa dengan lebih baik. Pastikan matlamat yang ditetapkan bersesuaia­n dengan kemampuan diri kita.

Jurulatih kecergasan Sharifah Ivy Nor Adila Syed Azmi berkata, beberapa latihan kecergasan mudah boleh dilakukan sendiri di rumah pada bila-bila masa bahkan sambil menonton televisyen.

“Jika terasa sukar hendak melakukan senaman di luar rumah kerana kekangan masa, beberapa latihan kecergasan yang tidak membabitka­n banyak pergerakan seperti squat dan lunges boleh dilakukan di rumah.

“Kedua-dua senaman ini walaupun nampak mudah kerana tidak banyak pergerakan, tapi ia sebenarnya amat baik untuk beberapa otot badan seperti abdomen. Sebagai permulaan, ia boleh dilakukan dengan gerakan paling asas dan intensiti ringan yang ditambah tahap kesukarann­ya secara berperingk­at,” katanya.

Katanya, beberapa pergerakan senaman mudah juga dapat membakar kalori dan lemak dengan cepat jika dilakukan secara konsisten dan berterusan.

Tegasnya, senaman boleh dipupuk sebagai sebahagian daripada rutin hidup. Lakukan senaman yang sederhana dan berterusan untuk mengekalka­n kecergasan badan dan mengawal berat badan berbanding kaedah berlapar atau berdiet semata-mata kerana jalan pintas boleh membahayak­an kesihatan anda.

Katanya, paling penting, jangan cepat berputus asa jika gagal mencapai matlamat yang ditetapkan, sebaliknya kaji di mana silapnya.

Sharifah Ivy berkongsi empat langkah mudah senaman menyasarka­n bahagian bawah badan (lower body) yang boleh dilakukan di mana saja.

 ?? FOTO ?? SQUAT ASAS
1A. BERDIRI dengan bukaan kaki selaras bahu. Tangan di sisi.
1B. TURUNKAN badan perlahanla­han pada kedudukan 90 darjah sekiranya boleh. Langkah ini diulangi lapan hingga lapan kali.
Squat rapat
2. BERDIRI dengan kaki dirapatkan dan tangan di sisi. Turunkan badan perlahan-lahan pada kedudukan 90 darjah. Langkah ini diulangi hingga lapan kali.
Squat sumo
3A. BERDIRI dan pastikan bukaan kaki melebar (45 darjah ke sisi luar).
3B. TURUNKAN badan dengan posisi kaki dilebarkan. Ulang langkah sebanyak lapan kali.
Lunges
4A. BERDIRI dengan bukaan kaki separas bahu sambil kedua-dua tangan dicekak pada pinggang. 4B. SEBELAH kaki ke depan manakala sebelah kaki ke belakang, turunkan kedua-dua kaki ke bawah serentak pada kedudukan 90 darjah. Langkah ini diulang berselang-seli dengan kedua-dua kaki.
FOTO SQUAT ASAS 1A. BERDIRI dengan bukaan kaki selaras bahu. Tangan di sisi. 1B. TURUNKAN badan perlahanla­han pada kedudukan 90 darjah sekiranya boleh. Langkah ini diulangi lapan hingga lapan kali. Squat rapat 2. BERDIRI dengan kaki dirapatkan dan tangan di sisi. Turunkan badan perlahan-lahan pada kedudukan 90 darjah. Langkah ini diulangi hingga lapan kali. Squat sumo 3A. BERDIRI dan pastikan bukaan kaki melebar (45 darjah ke sisi luar). 3B. TURUNKAN badan dengan posisi kaki dilebarkan. Ulang langkah sebanyak lapan kali. Lunges 4A. BERDIRI dengan bukaan kaki separas bahu sambil kedua-dua tangan dicekak pada pinggang. 4B. SEBELAH kaki ke depan manakala sebelah kaki ke belakang, turunkan kedua-dua kaki ke bawah serentak pada kedudukan 90 darjah. Langkah ini diulang berselang-seli dengan kedua-dua kaki.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia