Harian Metro

Taecyeon 2PM tinggalkan JYP Entertainm­ent

-

Selepas lama bernaung di bawah agensi JYP Entertainm­ent, anggota 2PM iaitu Taecyeon disahkan sudah keluar dari syarikat itu dan menandatan­gani kontrak dengan agensi baru, 51K.

Pengumuman itu dibuat 51K semalam sambil mengalu-alukan kedatangan Taecyeon menyertai barisan artis hebat mereka yang lain termasuk So Ji Sub dan Lee Hyo Je.

“Penyanyi dan pelakon Taecyeon sudah menjadi anggota baru keluarga kami. Kami sangat gembira dapat bekerja dengannya yang juga antara artis terbaik di Korea Selatan.

“Kami akan memberikan khidmat terbaik agar dia dapat meneruskan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon,” kata wakil agensi terbabit.

51K juga berjanji menghargai sokongan luar biasa peminat terhadap Taecyeon.

Meskipun dia sudah tidak bersama JYP Entertainm­ent, 51K memastikan penyanyi itu akan masih menjadi sebahagian daripada 2PM. Mereka berjanji akan berkerjasa­man dengan

JYP Entertainm­ent demi melancarka­n aktiviti Taecyeon bersama 2PM.

Demikian juga

JYP Entertainm­ent mengesahka­n penyanyi itu masih anggota 2PM walaupun sudah bertukar agensi.

“Meskipun dia sudah menyertai agensi baru, dia akan terus bersama

2PM melakukan aktiviti promosi. Kami akan bertanggun­gjawab menguruska­n semua aktiviti promosi mereka,” kata jurucakap JYP.

Taecyeon kini menjalani khidmat ketenteraa­n dan dijangkaka­n tamat perkhidmat­an pada 3 Jun 2019.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia