Harian Metro

Angkat bakat pengarah muda

-

Menonton Black Mirror, sebuah antologi fiksyen dengan siri yang berbeza cerita mencetuska­n idea buat pengarah Megat Shahrizal Mohamed Yusoff mengadapta­si dalam karya tempatan.

Megat berkata, pada mulanya dia menerima kiriman e-mel daripada pengurusan tonton memintanya mencari idea untuk siri baru portal perkhidmat­an penstriman video tempatan nombor satu tanah air itu.

“Mereka mahu saya adaptasi karya luar negara. Kebetulan saya baru menonton siri Black Mirror dan di sebelah saya ada rak buku.

“Saya meneliti satu per satu buku daripada novel FIXI dan nampak KOPI. Saya ambil dan belek sambil berfikir bagus sekiranya naskhah ini diangkat ke layar kaca,” katanya.

Menurut Megat, pada mulanya idea untuk setiap episod yang diterbitka­n Konda Kondi Studios dan Playground Production itu menampilka­n namanya sebagai pengarah.

Bagaimanap­un, apabila melalui proses perbincang­an dengan rakan kongsinya, Tuan Faisal mereka sepakat buka peluang kepada pengarah muda untuk berkarya.

“Kita ada ramai pengarah muda yang tidak berpeluang menonjolka­n bakat mereka. Apabila mahu ketengahka­n mereka, isu tidak cukup pengalaman dan ‘portfolio’ tak kuat akan dibangkitk­an.

“Sebenarnya, ramai berbakat besar kerana mereka pernah jadi pembantu pengarah malah ada juga yang sudah mengarahka­n beberapa drama. Jadi, kami buka ruang kepada mereka untuk berkarya,” katanya.

Siri KOPI tampil dengan 13 cerita berbeza yang mengangkat tema kasih sayang, keluarga, impian tidak kesampaian, komuniti serta fantasi. Kepelbagai­an itu memerlukan sentuhan pengarah berbeza.

“Kami berharap dapat lihat identiti dan keunikan setiap pengarah yang terbabit dengan projek ini. Empat pengarah mendapat kepercayaa­n untuk menggalas tugasan ini dan mereka boleh memilih cerita mana yang berkenan di hati.

“Sebagai permulaan, saya berbincang dengan mereka dan penulis skrip kerana skripnya bukan

 ??  ?? MEGAT Shahrizal (belakang enam dari kiri) bersama kru dan pelakon Secangkir Kopi
MEGAT Shahrizal (belakang enam dari kiri) bersama kru dan pelakon Secangkir Kopi
 ??  ?? PENGARAH Secangkir Kopi, Faliq Sharif (berdiri) memberikan tunjuk ajar
kepada Zara dan Izzue.
PENGARAH Secangkir Kopi, Faliq Sharif (berdiri) memberikan tunjuk ajar kepada Zara dan Izzue.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia