Harian Metro

Tiga sahabat aktif pecah cermin kereta dicekup polis

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@nstp.com.my

Tiga sahabat yang aktif menjalanka­n kegiatan pecah cermin kereta di sekitar daerah ini dicekup polis dalam serbuan berasingan, kelmarin dan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang sedang memecah cermin kereta di kedai makan berhampira­n Kampung Tok Elong, jam 1.20 tengah hari, Isnin lalu.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap suspek menemui sebuah beg galas yang mengandung­i peralatan memecah cermin dan beberapa barang yang disamun antaranya buku cek, sebuah iPad dan sepasang kasut.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku terbabit dengan kejadian pecah cermin itu bersama rakannya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Nik Ros Azhan berkata, berpanduka­n kepada maklumat yang diperoleh suspek pertama, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun pada jam 3.45 petang kelmarin.

“Suspek kedua juga mengaku terbabit dalam jenayah pecah cermin berkenaan dan hasil pemeriksaa­n polis merampas barang yang dicurinya itu.

“Menurut suspek kedua, terdapat seorang lagi rakan mereka yang terbabit dalam aktiviti jenayah itu.

“Susulan itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 24 tahun di sebuah rumah di Penanti,” katanya.

Ketiga-tiga suspek kini direman sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.

Bimbang dicekup, tiga penjenayah yang menaiki kereta BMW 318i bertindak memecut dan cuba merempuh anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) yang berjaya mengesan mereka ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Remia, Machang Bubok, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3 petang itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertaha­nkan diri tetapi suspek berjaya lolos.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, gerakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia