Harian Metro

Bakar tutup bukti

-

 Tiga penjenayah pecah rumah musnahkan kereta lepas cuba rempuh polis

memburu mereka yang dijalankan selepas itu berjaya menemui kereta berkenaan sudah hangus terbakar di Jalan Kuala Kangsar di Taiping, Perak, jam 10 malam hari yang sama.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit sebelum itu dilihat berada di hadapan sebuah rumah seorang ejen hartanah di Taman Sejahtera Permai.

Katanya, jiran ejen hartanah terbabit yang curiga melihat pintu pagar automatik rumahnya terbuka kemudian bertindak menghantar gambar menerusi aplikasi WeChat kepada mangsa.

“Jirannya turut menghantar gambar kereta yang diparkir di hadapan rumah dan mangsa yang curiga melihat keadaan itu bergegas pulang.

“Bagaimanap­un, semua suspek ketika itu sudah melarikan diri kerana gagal memecah masuk rumah terbabit dan jiran mangsa turut memaklumka­n kejadian itu kepada polis,” katanya.

Menurutnya, dua anggota URB yang sedang meronda terserempa­k dengan kereta suspek dan mengarahka­n mereka berhenti.

“Suspek enggan berhenti dan cuba merempuh anggota terbabit menyebabka­n seorang daripada mereka terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertaha­nkan diri.

“Suspek bagaimanap­un memecut kereta ke arah Bukit Mertajam dan terus menghilang­kan diri sebelum kenderaan mereka ditemui hangus terbakar di Taiping, kira-kira tujuh jam selepas itu,” katanya.

Menurutnya, anggota polis yang melepaskan tembakan itu turut terseliuh kaki kanan, manakala seorang lagi tidak cedera.

“Setakat ini, kita masih memburu semua suspek dan semakan nombor pendaftara­n mendapati kereta itu didaftar atas nama seorang lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia