Harian Metro

Lelaki warga Bangladesh bunuh, kerat wanita direman tujuh hari

-

Lelaki warga Bangladesh berusia 37 tahun yang dipercayai membunuh, mengerat dan meletakkan mayat seorang wanita di dalam dua bagasi di tebing Sungai Gombak, Jalan Ipoh, awal bulan lalu, direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki terbabit yang dipercayai suami kepada wanita berusia 29 tahun itu ditahan di Johor kira-kira jam 2 pagi kelmarin.

“Suspek direman sehingga 1 Ogos ini untuk membantu siasatan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Pada 5 Julai lalu, beberapa individu yang juga gelandanga­n menemui dua bagasi pakaian mengandung­i bahagian badan mangsa yang dikerat enam di tebing sungai berkenaan.

Siasatan mendapati wanita terbabit adalah warga asing yang kemudian disahkan warga Bangladesh berusia 29 tahun dan bekerja di negara ini.

Minggu lalu, polis mengedarka­n gambar lelaki terbabit yang dikenal pasti sebagai Md Shahzada Saju dan meminta orang ramai menghulurk­an maklumat mengenainy­a.

Difahamkan, lelaki terbabit dan mangsa menyewa di sebuah bilik di tingkat empat rumah kedai di Jalan Segambut.

Malah, mereka dikatakan sering bergaduh ketika menyewa di bilik berkenaan.

Sumber memaklumka­n lelaki terbabit dan mangsa sudah berkahwin di Bangladesh dan mempunyai anak di kampung halaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia