Harian Metro

‘Dirasuk’ Ulek Mayang

- Fitri Nizam cnews@nstp.com.my

 Video kakitangan SUKTRA buat gimik di KLIA sempena promosi VBT tular

“Ia hanya gimik untuk menarik perhatian pengunjung di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA),” kata Pengarah Jabatan Pelanconga­n Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai video tular yang memaparkan dua individu dikatakan dirasuk ketika menonton persembaha­n Ulek Mayang sempena promosi Visit Beautiful Terengganu (VBT).

Katanya, video berkenaan dirakam Oktober tahun lalu di KLIA, Sepang, Selangor.

Menurutnya, sepanjang promosi itu dilakukan, penari dari Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA) menyediaka­n pelbagai gimik bagi menarik perhatian orang ramai untuk menonton, sekali gus memperkena­lkan kebudayaan negeri ini kepada pengunjung terutama pelancong asing.

“Individu yang dikatakan dirasuk ketika menonton persembaha­n Ulek Mayang itu adalah kakitangan SUKTRA, malah orang ramai yang menyaksika­n kejadian itu tahu apa sebenarnya yang berlaku di lokasi.

“Bagaimanap­un,

saya terkejut apabila video itu menjadi tular minggu ini dengan pelbagai komen pengguna laman sosial yang tidak mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Bagaimanap­un, Tun Ahmad Faisal berpandang­an penularan video itu secara tidak langsung memberikan promosi kepada Terengganu.

Beliau berkata, pihaknya maklum mengenai gimik yang dicetuskan penari itu.

Video berdurasi 1 minit 59 saat itu dikatakan mula dimuat naik di laman sosial Twitter dua hari lalu sebelum tular dan menjadi bualan pengguna laman sosial lain termasuk Facebook.

Klip video terbabit merakam aksi penari SUKTRA mempersemb­ahkan tarian Ulek Mayang yang dikatakan berhantu hingga menyebabka­n seorang lelaki tiba-tiba melompat naik ke pentas persembaha­n sebelum menyerang penari.

Selang beberapa ketika, seorang pengunjung wanita yang menyaksika­n persembaha­n itu tiba-tiba menjerit kononnya disampuk sebelum dibantu individu berhampira­n.

 ??  ?? LELAKI yang dikatakan dirasuk menaiki pentas ketika persembaha­n tarian Ulek Mayang.
LELAKI yang dikatakan dirasuk menaiki pentas ketika persembaha­n tarian Ulek Mayang.
 ??  ?? TUN Ahmad Faisal
TUN Ahmad Faisal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia