Harian Metro

Rela berbakti

- Noorazura Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

 Pesara APM kongsi pengalaman 50 tahun kendali haiwan berbisa terutama tedung selar

Walaupun sudah bersara sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) tahun lalu, Shamsu Shahid, 61, tetap akan terus menabur bakti kepada masyarakat berikutan kepakarann­ya mengendali haiwan berbisa.

Berpengala­man hampir 50 tahun mengendali ular, Shamsu atau lebih dikenali sebagai Sam berkata, dia tidak lokek memperturu­nkan ilmu kepada sesiapa saja kerana maklum khidmat menangkap ular tetap diperlukan kerana habitatnya kini semakin terancam.

“Akhir-akhir ini saya lihat semakin banyak kes anggota APM keluar menangkap ular terutama di kawasan luar bandar, saya sendiri masih menerima panggilan daripada penduduk kampung dan kenalan untuk membantu mereka menangkap ular.

“Selagi mampu saya akan lakukan kerana tidak semua orang berani dan mempunyai ilmu (teknik) mengendali reptilia berbisa terutama ular tedung yang boleh membunuh.

“Sehingga kini, saya masih lagi dijemput memberikan ceramah supaya masyarakat lebih mengenali haiwan ini dari dekat,” katanya yang sudah menangkap lebih 3,000 ular.

Walaupun mahir mengendali reptilia itu, bapa kepada lima anak ini juga tidak terkecuali dipatuk sehingga terpaksa dirawat sebulan di hospital.

Menurutnya, pengalaman dipatuk ular tedung selar pada Jun 2000 menyebabka­n jari telunjuk tangan kanannya bengkok selain menjadi buruk sehingga doktor perlu menggantik­an kulit tangan daripada kulit paha.

“Selepas itu saya pernah dipatuk ular tedung senduk sebanyak tiga kali, satu daripada patukan itu saya dimasukkan ke hospital selama sehari.

“Sementara dua lagi saya hanya mendapatka­n rawatan cara tradisiona­l dengan makan daun daripada pokok bisa ular atau nama saintifikn­ya barleria lupulina.

“Bagaimanap­un, itu sebagai alternatif saja dan saya sangat sarankan orang ramai yang dipatuk ular ke hospital untuk mendapatka­n rawatan,” katanya yang tinggal di Kampung Ambar Hujung, di sini.

Shamsu berkata, menangkap ular bukan saja perlu berani tetapi juga memerlukan keyakinan diri.

Katanya, dia beruntung didedahkan dengan ular sejak berusia 12 tahun oleh arwah datuknya.

Bagaimanap­un, katanya, pada usia itu dia hanya dibenarkan bermain dengan ular yang tidak berbisa sehinggala­h pada usia 20 tahun, barulah datuknya mengajar cara mengendali ular berbisa.

“Cara datuk saya ajar dengan teknik APM sama saja, cuma dalam APM kita perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) selain perlu menggunaka­n peralatan khas,” katanya.

 ??  ?? SHAMSU menunjukka­n tangan dan jarinya yang bengkok akibat dipatuk ular tedung selar pada Jun 2000. SHAMSU menunjukka­n pokok bisa ular atau barleria lupurina dipercayai dapat membantu membuang racun di dalam badan dan digunakan sebagai rawatan...
SHAMSU menunjukka­n tangan dan jarinya yang bengkok akibat dipatuk ular tedung selar pada Jun 2000. SHAMSU menunjukka­n pokok bisa ular atau barleria lupurina dipercayai dapat membantu membuang racun di dalam badan dan digunakan sebagai rawatan...
 ??  ?? GAMBAR kenangan Shamsu mengendali ular ketika bertugas sebagai anggota APM.
GAMBAR kenangan Shamsu mengendali ular ketika bertugas sebagai anggota APM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia