Harian Metro

Guna syarikat isteri

- Nik Sukry Ramli niksukry@bh.com.my

 Ketua Balai Bomba Peramu dituduh salah guna kuasa

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Pekan, didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, semalam, terhadap 10 pertuduhan membabitka­n salah guna kuasa antara Mac 2014 hingga Ogos 2015.

Sheikh Hassan

Sheikh Zainuddin,

53, didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan kontrak pembekalan makanan untuk syarikat milik isterinya antara tarikh berkenaan.

Dia yang kini berpangkat Penolong Kanan Penguasa dikatakan mencadangk­an nama syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise bagi membekalka­n makanan untuk program membina semula rumah terbakar ‘My Beautiful Neighborho­od’ anjuran Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2014 dan operasi pemadaman kebakaran antara Mac hingga April 2014 dan Ogos 2015.

Selain itu, tertuduh turut didakwa menggunaka­n kedudukann­ya bagi mencadangk­an syarikat sama untuk program latihan menyelamat bagi persediaan menghadapi banjir pada September 2014 dan majlis penyerahan kunci rumah projek pembinaan semula rumah terbakar pada Disember 2014.

Nilai keseluruha­n bagi semua pertuduhan itu adalah RM36,272.69.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dilakukan Timbalan Pendakwara­ya SPRM, Mohd Fadly Mohd Zaki, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib mengarahka­n tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos depan bagi tarikh sebutan semula dan pengurusan kes.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh salah guna kuasa.
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh salah guna kuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia