Harian Metro

Najib, Rosmah berjaya batal saman

-

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta enam yang lain berjaya dalam rayuan mereka membatalka­n kes saman dikemukaka­n keluarga penyiasat persendiri­an mendiang P Balasubram­aniam.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan semalam diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat bersama-sama Datuk Suraya Othman dan Datuk Stephen Chung Hian Guan sebulat suara membenarka­n rayuan itu selepas mendapati ia difailkan melebihi tempoh masa dan menyalahgu­nakan proses mahkamah.

Tengku Maimun dalam penghakima­nnya berkata, adalah jelas bahawa tuntutan saman oleh A Santamil Selvi dan tiga anaknya selaku plaintif difailkan pada 2017 iaitu melebihi tempoh enam tahun.

Tengku Maimun berkata, berikutan itu tuntutan

>> Nilai keseluruha­n bagi semua pertuduhan adalah RM36,272.69

saman berkenaan ditegah melalui tempoh had masa.

Beliau berkata, mahkamah tidak boleh menerima dakwaan plaintif bahawa mereka tidak boleh memfailkan saman lebih awal kerana berada di luar negara.

“Berdasarka­n kepada isu kedua pula, kami berpandang­an bahawa saman kedua ini yang mengandung­i fakta dan terhadap pihak sama selepas saman pertama dibatalkan, adalah menyalahgu­nakan proses mahkamah.

“Kami dengan ini membenarka­n rayuan dan mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia