Harian Metro

‘Nyawa saya dalam bahaya’

- Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@nstp.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam dikejutkan dengan kenyataan tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais yang memaklumka­n nyawanya dalam bahaya.

Terdahulu, sebaik saja mahkamah memulakan prosiding, S Ravi Chandran, 47, membuat permohonan bercakap dengan Hakim Datuk Azman Abdullah yang mendengar perbicaraa­n.

“Saya ingin bercakap dengan Yang Arif. Saya tidak tahu sama ada saya masih hidup atau mati selepas beri keterangan ini.

“Ini mungkin keterangan saya yang terakhir,” katanya yang juga tertuduh terakhir dalam bahasa

Tamil sebelum diterjemah­kan jurubahasa.

Bagaimanap­un, Azman meminta tertuduh berurusan terus dengan peguam, V Rajehgopal sekiranya wujud sebarang masalah.

Sebelum ini, S Nimalan, 25, S Ravi Chandaran, R Dinishwara­n, 26, A K Thinesh Kumar, 25, M Vishwanath, 28, dan Dr R Kunaseegar­an, 55, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No 1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n bersambung esok.

 Saksi kes bunuh Anthony Kevin Morais buat kejutan

Intan: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, membebaska­n dan melepaskan seorang pengurus ladang daripada tuduhan menculik dan menyembuny­ikan pasangan suami isteri yang menjadi saksi kes memperdaga­ngkan orang dan penyeludup­an migran pada Mac tahun lalu.

Hakim Norita Mohd Ardani membuat keputusan untuk tidak memanggil L Ganis, 43, membela diri selepas berpuas hati dengan keterangan dikemukaka­n pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pendakwaan itu.

Ganis didakwa menculik P Sundaram, 37, dan K Shanti, 41, di depan Kedai Runcit Sri Vathi, Pengkalan Hulu, antara jam 3 hingga 4 petang, pada akhir Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Ganis turut didakwa menghantar pasangan terbabit ke sebuah rumah kongsi di Ladang Kalvi Felda

 ??  ?? GANIS (kiri) dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri di Mahkamah Sesyen, Teluk Intan.
GANIS (kiri) dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri di Mahkamah Sesyen, Teluk Intan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia