Harian Metro

Perkeso kutip SIP RM43.5 juta sebulan

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) merekodkan kutipan caruman Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berjumlah RM260.9 juta atau RM43.5 juta sebulan setakat 30 Jun lalu.

Timbalan Menteri Tenaga Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, SIP yang diwujudkan pada 1 Januari lalu bertujuan membantu rakyat di negera ini yang kehilangan pekerjaan.

Beliau berkata, untuk layak menuntut caruman dana SIP, pencarum perlu membuat 12 kali caruman mulai 1 Januari lalu dengan tuntutan faedah penuh paling awal bermula 1 Januari 2019.

“Setakat 20 Julai lalu, Perkeso menerima 10,445 permohonan bantuan interim (berdasarka­n tuntutan bulan pertama).

“Bayaran bantuan interim adalah RM600 sebulan untuk maksimum tiga bulan dan bagi tempoh sama, Perkeso sudah membayar RM6.39 juta kepada pekerja yang disahkan hilang pekerjaan dan layak menerima bantuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke Menara Perkeso di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Perkeso, Tan Sri Dr Aseh Che Mat, dan Ketua Pegawai Eksekutif agensi berkenaan,

Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mahfuz berkata, maklumat permohonan berkenaan menunjukka­n sektor perkilanga­n adalah kategori industri tertinggi kehilangan pekerjaan iaitu 3,556 orang atau 34 peratus, diikuti sektor kewangan, 1,294 orang (12.4 peratus) serta hotel dan restoran, 819 orang (7.8 peratus).

“Bagi kategori pekerjaan, perkerania­n dan pekerja sokongan paling tinggi hilang pekerjaan iaitu 1,969 orang atau 18.9 peratus, diikuti perkhidmat­an dan jualan, 1,962 orang (18.8 peratus) dan profesiona­l, 1,617 (15.5 peratus),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia