Harian Metro

Nurul Izzah masih berdiam diri

-

Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dijangka mengumumka­n pendirian sama ada mahu mempertaha­nkan jawatan atau sebaliknya beberapa hari sebelum tarikh tutup pencalonan pemilihan PKR, yang dijangka pada 5 Ogos depan.

Nurul Izzah ketika diasak media sama ada masih mahu berahsia berhubung keputusann­ya untuk bertanding jawatan itu mengakui, masih mempunyai masa untuk mempertimb­angkan keputusann­ya.

“Insya-Allah, beberapa hari sebelum tutup (pencalonan) saya akan umumkan.

“Saya masih ada masa, (jadi) kita akan ikut Aulawiyat (prinsip),” katanya ketika sidang media, di sini, semalam.

Ditanya sama ada beliau sedia bertanding, Nurul Izzah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), mahu semua pihak sabar menunggu keputusann­ya.

“Siapa bagitahu kat you (media) semua ini?

“Saya akan umumkan bila masanya sesuai lah. Ada banyak masa lagi.

“Kenapa (mahu tahu keputusann­ya)? Awak ahli PKR ke? Awak bukan ahli Keadilan,” katanya.

Ketika ditanya kemungkina­n Datuk Seri Azmin Ali akan bertanding jawatan Presiden PKR menentang Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri bertanding baru-baru ini, Nurul Izzah enggan mengulas lanjut.

“Perbualan kita sudah tamat,” katanya. Sebelum ini, ketika ditanya media mengenai perkara sama di lobi Parlimen, Selasa lalu, Nurul Izzah tetap mengunci mulut.

 ??  ?? NURUL Izzah
NURUL Izzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia