Harian Metro

Disyaki bunuh emak sendiri

 Suspek dakwa jumpa mayat ibu ditahan selepas bedah siasat

- Junaidi Ladjana am@hmetro.com.my

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membunuh ibunya sendiri yang berusia 91 tahun di sebuah rumah di Flat Kepayan Ridge di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, suspek berusia lingkungan 40-an itu mendakwa menemui ibunya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di atas katil sebaik pulang ke rumah.

Lelaki terbabit juga mendakwa menemui kain pada leher ibunya yang dijadikan tali kononnya dipercayai bagi membunuh diri.

Susulan itu, suspek yang juga anak bongsu mangsa meminta bantuan kakak iparnya untuk menghantar ibunya ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) menggunaka­n kenderaan jiran mereka tetapi doktor kemudianny­a mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia.

Berikutan itu, suspek dikatakan cuba berpura-para tidak terbabit dalam kejadian berkenaan membuat laporan polis mengenai kematian ibunya pada hari yang sama.

Menurut sumber, hasil bedah siasat terhadap mangsa mendapati punca kematian warga emas itu dipercayai kerana kesan tekanan kuat pada leher dan bukan disebabkan bunuh diri.

“Berikutan itu, suspek ditahan polis untuk membantu siasatan mengenai kejadian berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, suspek belum berkahwin dan hanya tinggal berdua bersama ibunya di rumah berkenaan, manakala mangsa yang dijaga suspek sejak sembilan tahun lalu dikatakan menghidap pelbagai penyakit.

“Mangsa dikatakan sering memarahi suspek kerana tertekan dengan penyakit dialaminya dan lelaki itu pula dipercayai tertekan menjaga ibunya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 ??  ?? ANGGOTA polis buat siasatan di lokasi
pembunuhan.
ANGGOTA polis buat siasatan di lokasi pembunuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia