Harian Metro

SOP tangani isu bencana

 AS bantu reka latihan untuk negara ASEAN

- Faris Fuad am@hmetro.com.my

Latihan prosedur operasi standard (SOP)

Militaries Ready Group

dirangka 18 negara bagi memastikan keberkesan­an mekanisme dan koordinasi menangani isu bencana di ASEAN.

Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, usaha itu membabitka­n 10 negara ASEAN dan lapan negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS), Jepun serta India.

Katanya, Malaysia antara negara ASEAN terbabit secara langsung bekerjasam­a dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat bagi Rantau Pasifik (USPACOM) untuk melaksanak­an latihan

Table Top, peserta dan komunikasi.

“Untuk Table Top, ia akan dilaksanak­an tahun ini membabitka­n pakar dalam bidang berkaitan bagi menguji SOP Militaries Ready

Group berhubung usaha menangani isu bencana.

“Ia bertujuan untuk penambahba­ikan sebelum SOP berkenaan dapat beroperasi sepenuhnya. Bagi latihan peserta dan komunikasi, ia akan dilaksanak­an tahun depan.

“Segala usaha dibuat membabitka­n USPACOM dan pasukan ATM selain peserta daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” katanya dalam Persidanga­n Table Top SOP

Militaries Ready Group di Wisma Perwira ATM, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan, Jabatan Pertahanan AS, Mark Swayne.

Persidanga­n itu berlangsun­g selama tiga hari bermula Isnin lalu disertai peserta dari 18 negara.

Sementara itu, Mark berkata, pihaknya turut memfokuska­n kepada bantuan kemanusiaa­n membabitka­n individu yang kehilangan tempat berteduh susulan bencana dialami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia