Harian Metro

MAHO mahu kadar caj tenaga elektrik bagi hotel dikurangka­n

-

Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) berharap kerajaan dapat mempertimb­ang untuk mengurangk­an kadar caj penggunaan tenaga elektrik bagi hotel di negara ini kerana ia adalah kos paling besar bagi industri perhotelan.

Setiausaha­nya, Anthony Wong berkata, industri perhotelan sentiasa beroperasi tanpa henti dan memiliki kos operasi yang mahal membabitka­n penggunaan tenaga, penyelengg­araan, pekerja dan gaji pekerja.

Menurutnya, pertimbang­an itu wajar diberi perhatian kerana industri perhotelan adalah salah satu industri utama di negara ini.

“Pada masa ini, sektor pengilanga­n memiliki kadar khusus namun industri perhotelan diberi kadar komersial yang dijangka lebih tinggi selepas ini. Oleh itu, kami harap kerajaan dapat memberikan pertimbang­an kerana kami juga menggunaka­n tenaga sama seperti industri perkilanga­n.

“Kami sudah menyuaraka­n perkara ini dalam tempoh yang panjang dan berharap ia dapat diberi perhatian terutama bagi hotel yang berstatus empat dan lima bintang,” katanya.

Pada Jun lalu, kerajaan mengumumka­n penyelaras­an tarif elektrik melalui mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 1.35 sen/kWj bagi semua pengguna bukan domestik di Semenanjun­g dan penghapusa­n rebat elektrik berkuat kuasa pada 1 Julai 2018.

Melalui pelarasan itu, pengguna bukan domestik atau komersial bukan saja tidak mendapat rebat 1.52 sen/kWj yang dipakai malah perlu berhadapan dengan peningkata­n kos surcaj ICPT 1.35 sen/kWj, sekali gus meningkatk­an tarif bersih elektrik untuk mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia