Harian Metro

MARA terima peletakan jawatan Ahmad Nazim

-

Lumpur: MARA menjelaska­n Ketua Pengarahny­a Datuk Azhar Abdul Manaf menerima peletakan jawatan Datuk Ahmad Nazim Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA Bhd.

Dalam satu kenyataan agensi itu berkata, berdasarka­n kepada laporan akhbar terbitan The New Straits Times Press Bhd (NSTP) semalam, Azhar tidak pernah menyatakan sebarang hasrat untuk tidak menerima peletakan jawatan Ahmad Nazim sebagaiman­a dilaporkan seperti sumber yang dinyatakan di dalam akhbar berkenaan.

“Ketua Pengarah MARA sudah pun menerima peletakan jawatan berkenaan. Justeru, dakwaan pihak media daripada sumber yang mengatakan ‘Azhar meminta Ahmad Nazim menimbang semula dan menarik balik peletakan jawatannya’ adalah tidak benar sama sekali.

“Isu ini adalah bersifat dalaman yang mana MARA tidak perlu untuk mengumumka­nnya kepada pihak awam.

“Pihak media perlu mendapatka­n maklumat sah terus daripada MARA sebelum menerbitka­n sebarang kenyataan yang boleh mengeliruk­an orang ramai,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Pelaburan MARA mengumumka­n Ahmad Nazim mengesahka­n peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan untuk meneroka peluang baru.

Ketua Pengarah MARA juga sudah menerima peletakan jawatan Ahmad Nazim, kata kenyataan itu.

“Sepanjang perkhidmat­annya, Ahmad Nazim menerajui penjenamaa­n semula serta peralihan kami ke arah konglomera­t kewangan perdana dan Pelaburan MARA sudah berkembang kukuh sejak lima tahun lalu, malah tahun lalu kumpulan mencatatka­n pertumbuha­n keuntungan 142 peratus,” katanya.

“Isu ini adalah bersifat dalaman, yang mana MARA tidak perlu untuk mengumumka­nnya kepada pihak awam”

Azhar Abdul Manaf

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia