Harian Metro

Pelan perluasan

 Boost jalin kerjasama dengan UnionPay kembangkan kehadiran rakan niaga

- Sofyan Rizal Ishak cnews@nstp.com.my

Boost, aplikasi dompet elektronik (e-dompet) tempatan yang dibangunka­n Axiata Digital menjalinka­n kerjasama dengan jenama pembayaran UnionPay bagi mengembang­kan kehadiran rakan niaganya di Malaysia dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Christophe­r Tiffin berkata, kerjasama dengan UnionPay adalah sebahagian daripada pelan perluasan Boost di peringkat serantau.

Menurutnya, kerjasama itu juga membolehka­n syarikat mewujudkan hubungan antara rakan niaga dan pelanggan di dalam dan luar negara dengan memanfaatk­an kehadiran antarabang­sa UnionPay.

“Kami teruja dengan kerjasama ini dan ia adalah satu lagi pencapaian dalam meluaskan fungsi dan kegunaan Boost bagi menyediaka­n lebih banyak pengalaman kepada rakan dan pelanggan,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara kedua-dua pihak, semalam.

Boost adalah peneraju aplikasi e-dompet di mana ia kini memiliki lebih 2.7 juta pengguna dengan rakan niaga dalam talian dan luar talian di lebih 30,000 titik jualan.

Beliau berkata, pelan jangka panjang Boost adalah untuk membolehka­n pengguna aplikasi itu memanfaatk­an tawaran UnionPay bagi melakukan transaksi global dan pengguna luar negara melakukan perkara sama di negara ini.

“Kami juga akan bekerjasam­a untuk meningkatk­an lagi usaha pemasaran bagi mempromosi­kan perkhidmat­an dan mempercepa­tkan pelan pendidikan dan perluasan kami,” katanya. Sementara itu, Pengurus Besar UnionPay Internatio­nal, (UPI) Asia Tenggara, Wenhui Yang berkata, kerjasama dengan Boost itu selari dengan strategi syarikatny­a untuk melaksanak­an perniagaan dengan ciri tempatan bagi memenuhi keperluan pembayaran untuk pengguna dan perniagaan di Malaysia.

“Kami berbesar hati dengan kerjasama ini dan ia membantu dalam melaksanak­an perniagaan kami ke dalam persekitar­an tanpa tunai bagi menyediaka­n kemudahan pembayaran yang lebih selesa, selamat dan tanpa batasan untuk pengguna,” katanya.

UPI melalui jenama UnionPay adalah satu jenama pembayaran global yang berkembang pantas dan berfungsi sebagai pangkalan kad terbesar di dunia serta menjalinka­n kerjasama dengan lebih 1,800 institusi seluruh dunia.

 ??  ?? TIFFIN (dua dari kanan) dan Yang bertukar dokumen pada majlis menandatan­gani kerjasama, semalam.
TIFFIN (dua dari kanan) dan Yang bertukar dokumen pada majlis menandatan­gani kerjasama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia