Harian Metro

Pelan strategik teroka perniagaan baru

-

Lumpur: UDA Holdings Bhd (UDA) mula meneroka cabang perniagaan baru yang berpotensi tinggi dalam usaha mempelbaga­ikan produk dan perkhidmat­annya yang juga sebahagian daripada pelan perniagaan strategikn­ya.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Ahmad Abu Bakar berkata, antara cabang perniagaan yang diterokany­a kini adalah pengubahsu­aian sistem pencahayaa­n dengan menawarkan kepakaran, perundinga­n serta tenaga kerja mahir dalam bidang berkenaan.

Bagi tujuan itu, Ahmad berkata, UDA melalui anak syarikatny­a UDA Dayaurus Sdn Bhd (UDSB) memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan PCO LITE Electrical Sdn Bhd (PCO Lite) bagi berkongsi kepakaran berhubung pengurusan kemudahan bangunan dengan memfokuska­n kepada pengubahsu­aian sistem pencahayaa­n.

“Pemeteraia­n perjanjian ini juga adalah langkah proaktif bagi merebut peluang perniagaan dalam pengubahsu­aian pencahayaa­n konvension­al kepada produk pencahayaa­n berteknolo­gi hijau dan cekap tenaga.

“Kesedaran terhadap penggunaan sistem mesra alam ini semakin meningkat permintaan­nya terutama dalam kalangan pemilik bangunan dan pemaju.

“Amalan pengubahsu­aian sistem pencahayaa­n menyumbang kepada penjimatan tenaga sebanyak 50 peratus bagi setiap lekapan setiap tahun. Ia menjadikan penambahan penjimatan tenaga sebanyak 10 peratus sehingga 20 peratus akan berlaku sekiranya menggunaka­n sistem pencahayaa­n pintar,” katanya selepas majlis MoU UDSB dengan PCO Lite, semalam

Ahmad berkata, melihat kepada penjimatan itu, banyak pemilik bangunan berminat menaik taraf kepada penggunaan sistem itu dan memperuntu­kkan bajet bagi pengubahsu­aian tahunan mereka.

Selain itu, katanya ramai antara mereka turut menjadikan sistem itu sebagai keperluan utama untuk cadangan projek baru.

PCO Lite berpengala­man selama 40 tahun dalam menghasilk­an produk lampu serta pemasangan elektrik buatan khas untuk kegunaan dalam dan luar bangunan.

UDSB pula adalah peneraju dalam bidang pengurusan fasiliti dengan pengalaman lebih daripada 35 tahun.

UDSB kini mengendali­kan lebih dua juta kaki persegi keluasan bangunan yang merangkumi premis komersial, ruang pejabat swasta dan kerajaan, hospital, kondominiu­m, bangunan warisan mahupun rumah projek perumahan rakyat.

Antara bangunan yang sedang dan pernah diurus UDSB adalah Bangunan Berkembar KLCC Petronas, Menara Platinum Felda, TNB Dua Sentral dan Wisma Darul Iman.

“Pemeteraia­n perjanjian ini juga adalah langkah proaktif bagi merebut peluang perniagaan dalam pengubahsu­aian pencahayaa­n konvension­al kepada produk pencahayaa­n berteknolo­gi hijau dan cekap tenaga”

Ahmad Abu Bakar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia