Harian Metro

Neraka remaja

- Agensi

 Pelacur bawah umur dipaksa ambil steroid untuk lembu bagi percepatka­n pertumbuha­n tubuh

Remaja bawah umur semuda 13 tahun yang dijual kepada pusat pelacuran di Bangladesh, dipaksa mengambil steroid untuk lembu bagi mempercepa­tkan pertumbuha­n tubuh mereka.

Seorang daripada mereka dikenali sebagai Rupa (bukan nama sebenar), kini berusia 19 tahun, sudah lima tahun bekerja dengan pusat pelacuran di Dhaka menceritak­an kisahnya.

Menurut laporan Daily Mail, Bangladesh membenarka­n pelacuran, namun melarang wanita berusia bawah 18 tahun menjadi pelacur dan memerlukan lesen menunjukka­n kerelaan untuk bekerja.

Namun, dianggarka­n hampir 50 peratus pekerja seks ialah remaja perempuan bawah umur, kebanyakan­nya pengantin kanak-kanak yang kemudian dipaksa melacur.

Rupa bekerja di Kandipara yang dianggap ‘perkampung­an pelacur’, tinggal dalam rumah bersama kira-kira 400 pelacur lain.

Rupa berkahwin ketika berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 30-an, namun selepas mendapat seorang anak, suaminya terbunuh dalam kemalangan.

Keluargany­a enggan menerimany­a kembali dengan alasan tidak mampu menyara remaja itu dan anaknya.

“Saya bukan lagi anak dara menyebabka­n tiada siapa mahu mengahwini saya,” katanya kepada Telegraph.

Rupa berhijrah ke Dhaka mencari kerja, namun diperdaya dan dijual kepada rumah pelacuran di daerah Kandipara.

Selama tiga hari dia dikurung dan dipukul kerana cuba melarikan diri.

Bersama makanan, dia diberi Oradexon iaitu steroid lembu agar tubuhnya cepat membesar dan kelihatan lebih berusia.

“Ketika dibawa ke balai polis untuk mendapatka­n lesen, bimbang dipukul lagi, saya hanya mengulang apa yang dipesan ibu ayam iaitu saya berusia 18 tahun dan mahu menjadi pelacur dengan rela kerana tiada pilihan lain,” katanya.

Rupa perlu melayan sehingga 12 pelanggan sehari yang setiap seorang membayar 200 taka (kira-kira RM9.60).

Selain tidak menjalani pemeriksaa­n perubatan bagi mengelak penyakit kelamin, dia juga sering dipukul pelanggan.

Pelacur di Bangladesh biasanya bekerja sehingga mereka mampu membeli kebebasan mereka, namun bagi Rupa: “Saya sering impikan masa depan yang lebih baik, namun sedar saya tidak mungkin mendapatny­a.”

 ??  ?? GAMBAR kiri, pelacur remaja di Bangladesh menunggu pelanggan dan gambar kanan, steroid mempercepa­t pertumbuha­n tubuh untuk lembu yang diberi kepada pelacur bawah umur. - Agensi
GAMBAR kiri, pelacur remaja di Bangladesh menunggu pelanggan dan gambar kanan, steroid mempercepa­t pertumbuha­n tubuh untuk lembu yang diberi kepada pelacur bawah umur. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia