Harian Metro

Korban kebakaran hutan Greece kini 80

-

Athens: Seramai 10 pelancong lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik apabila cuba menyelamat­kan diri daripada kebakaran hutan di Greece kelmarin ketika jumlah mangsa yang terkorban kini mencecah 80 orang.

Seorang wanita dan anak lelakinya yang berasal dari Poland antara yang lemas selepas bot itu terbalik dibadai laut bergelora selepas mengambil pelancong di sebuah hotel di Mati ketika kebakaran hutan memusnahka­n resort yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sini.

Di kampung yang sama, beberapa pelancong dan penduduk tempatan maut akibat terbakar hidup-hidup apabila ditemui di dalam kereta yang terperangk­ap dalam kesesakan jalan raya ketika ratusan penduduk terdesak menyelamat­kan diri.

Pergi ke laut adalah satu-satunya jalan untuk menyelamat­kan diri bagi kebanyakan penduduk tetapi sebilangan mangsa termasuk keluarga dengan kanak-kanak ditemui mati berpelukan akibat terhidu asap beracun atau terperangk­ap dalam api yang merebak terlalu cepat.

Kebakaran hutan bermula di tepi gunung yang menempatka­n beberapa kampung dan resort sebelum marak ke kawasan laut itu kurang dari 10 minit menyebabka­n ramai penduduk gagal menyelamat­kan diri.

Mayat yang rentung di temui di jalan sempit yang penuh dengan kenderaan di sebuah kampung di mana seorang datuk bandar tempatan berkata, perkampung­an itu tidak lagi wujud.

Mangsa yang terselamat terpaksa menghirup asap ketika menunggu bantuan di tepi pantai selama beberapa jam sambil melihat tempat tinggal mereka dijilat api.

Di resort yang sama, anggota penyelamat berdepan situasi memilukan apabila menemui 26 mayat dipercayai daripada satu keluarga berpelukan dalam usaha terakhir melindungi diri mereka daripada api. Agensi

 ??  ?? ANGGOTA bomba dan sukarelawa­n berusaha memadam kebakaran di Verori, Selatan Greece. - EPA
ANGGOTA bomba dan sukarelawa­n berusaha memadam kebakaran di Verori, Selatan Greece. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia