Harian Metro

Korban pilihan raya

- AFP

 30 maut, 35 cedera pengebom nekad letupkan diri di pusat pengundian di Quetta, Pakistan

Serangan bom yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 30 orang, manakala 35 lagi cedera di Quetta mencemarka­n hari pertama pilihan raya Pakistan, semalam.

Dalam serangan nekad di sebuah pusat pengundian di Quetta itu, pengebom cuba memasuki pusat pengundian itu, namun apabila dihalang polis, dia meletupkan dirinya.

Belum ada sebarang pihak mendakwa bertanggun­gjawab melakukan serangan itu.

Sejak sebulan lalu, kempen pilihan raya Pakistan digegarkan dengan serangan bom, termasuk yang didakwa dilakukan Daish, meragut lebih 15 nyawa.

Dalam satu lagi serangan di wilayah Balochista­n semalam, seorang anggota polis terbunuh dan tiga lagi cedera apabila bom tangan dilempar ke arah pusat pengundian perkampung­an Koshk di daerah Khuzdar.

Jutaan rakyat Pakistan mula mengundi semalam, selepas kempen yang dianggap paling getir, termasuk dakwaan campur tangan tentera bagi menentukan keputusan pilihan raya. Pihak berkuasa mengerahka­n lebih 800,000 anggota keselamata­n, termasuk polis dan tentera untuk mengawal lebih 85,000 pusat mengundi di negara yang berpendudu­k kira-kira 207 juta orang itu.

Tentera mengerahka­n lebih 370,000 anggotanya, manakala polis menggerakk­an 450,000 anggota.

Pilihan raya itu menyaksika­n pertembung­an parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif iaitu Liga Muslim-Nawaz Pakistan (PML-N) dan parti Tehreek-e-Insaf (PTI) yang diterajui bekas bintang kriket, Imran Khan.

Rakyat Pakistan akan memilih 272 Ahli Parlimen daripada 11,000 calon yang bertanding.

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n Pakistan memeriksa kawasan serangan bom di sebuah pusat mengundi Quetta semalam yang menyebabka­n 30 terbunuh. - EPA
ANGGOTA keselamata­n Pakistan memeriksa kawasan serangan bom di sebuah pusat mengundi Quetta semalam yang menyebabka­n 30 terbunuh. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia