Harian Metro

Dendam ilmu hitam

- AFP

 Lapan penduduk dihukum mati, 88 dipenjara seumur hidup kerana bunuh tujuh lelaki dan kanak-kanak dengan kejam

Lapan penduduk dihukum mati dan 88 lagi dipenjara seumur hidup di Papua New Guinea selepas didapati bersalah membunuh dengan kejam tujuh lelaki serta kanak-kanak kerana dituduh mengamalka­n ilmu hitam, kata satu laporan semalam.

Pembunuhan kejam itu berlaku pada April 2014 di wilayah Madang dengan Mahkamah Kebangsaan diberitahu penduduk menggunaka­n panah, pisau dan kapak untuk membunuh mangsa.

Akhbar The National melaporkan, daripada 97 yang didakwa, lapan dijatuhi hukuman mati dan 88 dihukum penjara.

Media tempatan di Papua New Guinea sebelum ini melaporkan ratusan penduduk berarak di kampung Sakiko kerana berang dengan beberapa kematian yang didakwa berpunca daripada amalan ilmu hitam.

Menurut akhbar itu, kumpulan itu pada mulanya membunuh seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menembak dengan panah sebelum mayatnya dipotong.

Seorang lagi mangsa juga maut akibat dipanah sebelum mayatnya turut dikerat menggunaka­n pisau dan kapak. Tiga lagi lelaki turut dibunuh sebelum dua kanak-kanak berusia lima dan tiga tahun dirampas daripada pelukan ibu mereka.

Laporan sebelum ini mendakwa lelaki dan kanak-kanak itu turut dipotong kepada beberapa bahagian.

Hakim David Cannings dalam penghakima­nnya berkata, tiada bukti yang mengaitkan atau mewajarkan kepercayaa­n dalam ilmu hitam dengan apa yang berlaku.

Kepercayaa­n tahyul masih menebal di negara miskin berkenaan dan pendudukny­a masih mengaitkan sakit, kemalangan atau kematian dengan amalan ilmu hitam.

 ??  ?? PIHAK berkuasa mengangkat mayat seorang mangsa yang dibunuh dalam kejadian pada 2014. - Fail
PIHAK berkuasa mengangkat mayat seorang mangsa yang dibunuh dalam kejadian pada 2014. - Fail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia