Harian Metro

Ratusan penduduk Laos masih hilang

-

Attapeu: Seramai 26 penduduk ditemui mati dan 131 lagi masih hilang selepas sebuah empangan hidroelekt­rik di sini runtuh yang menyebabka­n banjir besar melanda beberapa buah kampung di selatan Laos pada Isnin lalu.

Dua firma Korea Selatan yang terbabit dalam projek kuasa hidro itu memberitah­u, kerosakan dilaporkan sehari sebelum sebahagian empangan Xe-Namnoy runtuh dan melepaskan jumlah air yang besar.

Pegawai konsular Thailand dalam operasi menyelamat di wilayah Attepeu berkata, 26 mayat ditemui setakat ini.

“Namun kami tidak dapat memastikan jumlah yang hilang,” kata Chana Miencharoe­n, menambah banjir hingga mencecah bumbung rumah menyukarka­n usaha menyelamat.

Rakaman di menunjukka­n televisyen penduduk berkumpul di atas bumbung ketika air berlumpur setinggi beberapa meter berputar tidak jauh di bawah mereka.

Agensi berita rasmi Laos semalam melaporkan, 131 penduduk lagi masih hilang dengan sekurang-kurangnya 50 lagi gagal dikesan di kampung Ban Mai.

Persoalan mula timbul mengenai kejadian itu apabila sebilangan penduduk yang sempat menyelamat­kan diri memberitah­u mereka diarahkan berpindah beberapa jam sebelum empangan berkenaan runtuh.

“Ia berlaku dengan pantas dan kami tidak mempunyai banyak masa untuk bersedia.

“Semua rumah di kampung saya ditenggela­mi air. Empat ahli keluarga saya hilang,” kata Joo Hinla, 68, penduduk kampung Ban Hin yang paling teruk terjejas. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia