Harian Metro

LONGLAI SAAT AKHIR

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Skuad hoki negara mensia-siakan peluang untuk mencatat kemenangan pertama ke atas pasukan campuran, Australia A apabila tewas tipis 2-3 pada perlawanan persahabat­an kedua selepas pada satu ketika mendahului 2-0.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Perth semalam, Malaysian Tigers bermula baik apabila Faizal Saari menjaringk­an gol padang seawal minit keempat sebelum Shahril Saabah menjadikan kedudukan 2-0, juga menerusi gol padang pada minit ke-19.

Namun, segala-galanya berubah bermula suku ketiga yang menyaksika­n Australia meledak tiga gol pada minit ke-38, 43 dan 44, sekali gus menafikan hasrat skuad negara untuk melakar kemenangan pertama.

Walaupun tewas, ketua jurulatih skuad negara, Stephen Van Huizen menyifatka­n persembaha­n anak buahnya lebih baik berbanding ketika tewas 2-4 pada perlawanan pertama.

“Kami bermula dengan lebih baik dan pemain dilihat lebih bersungguh-sungguh sejak wisel permulaan. Setiap pemain bekerja keras dan tidak memberi ruang kepada lawan untuk menguasai bola.

“Faizal menjaringk­an gol pertama dan selepas itu kami terus konsisten sebelum Shahril menambah gol kedua.

“Kami gembira dengan beberapa peluang yang dicipta dan tidak membenarka­n lawan melakukan cubaan tepat atau memberikan pukulan sudut penalti pada separuh masa pertama,” katanya.

Jelas Stephen, beliau turut melakukan eksperimen dengan mengeluark­an penjaga gol, S Kumar tiga minit sebelum tamat.

“Hanya Syed Syafiq (Syed Cholan) dan Ramadan (Rosli) tidak beraksi hari ini dengan Kumar bermain keseluruha­n perlawanan,” katanya.

Skuad negara akan turun pada perlawanan ketiga bertemu lawan sama, esok.

Lima siri perlawanan persahabat­an dengan Australia A adalah persiapan fasa terakhir skuad negara sebelum beraksi di Sukan Asia di Jakarta, bulan depan.

 Malaysian Tigers tewas nipis selepas sia-siakan dua gol awal ke atas skuad campuran Australia

 ??  ?? VAN Huizen (tengah) bersama skuad hoki kebangsaan.
VAN Huizen (tengah) bersama skuad hoki kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia