Harian Metro

Iskandar paling layak

 Rashid sifatkan perseorang­an lelaki negara itu mampu ganti Chong Wei ke Sukan Asia

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Legenda badminton negara, Rashid Sidek menyifatka­n Iskandar Zulkarnain Zainuddin calon paling layak bagi menggantik­an tempat Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa digugurkan daripada skuad badminton ke Sukan Asia 2018 berdasarka­n pengalaman dimiliki pemain itu.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kelmarin mengesahka­n menarik penyertaan Chong Wei ke Kejohanan Dunia di Nanjing, China bermula Isnin ini dan Sukan Asia di Jakarta dari 19 hingga 29 Ogos selepas disahkan mengalami masalah pernafasan yang menyaksika­n dia perlu berehat sebulan.

Rashid yang juga bekas ketua jurulatih perseorang­an negara berkata, ia juga peluang buat BAM menilai semula prestasi Iskandar selepas pemain berusia 27 tahun itu digugurkan sebelum ini kerana merokok.

Nama Iskandar pada awalnya disenaraik­an untuk ke Jakarta sebelum digantikan dengan Soong Joo Ven selepas dia ditangkap merokok ketika saingan Piala Thomas di Bangkok, Mei lalu dan perlu menjalani proses pemulihan daripada tabiat tidak sihat itu.

“Pada pandangan saya, Iskandar calon paling layak berdasarka­n pengalaman­nya. Lagipun, dia sudah beberapa kali beraksi dalam kejohanan besar termasuk Piala Thomas dan Sukan Asia, itu pastinya membuatkan lebih mudah untuk dia menyesuaik­an diri dan mengawal tekanan.

“Kalau diberi peluang beraksi, Iskandar perlu memanfaatk­an peluang itu sebaik mungkin. Buktikan kepada BAM dia masih yang terbaik dalam kalangan pemain negara dan sudah sedar dengan kesilapan (merokok) yang dilakukann­ya sebelum ini,” kata Rashid semalam.

Terdahulu, Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai memaklumka­n badan induk itu hanya boleh menamakan pengganti Chong Wei berdasarka­n senarai yang dihantar kepada

Majlis Olimpik

Malaysia (MOM) sebelum ini yang menyaksika­n persaingan antara Iskandar, Lim Chi Wing dan Tan Jia Wei.

Skuad badminton akan mengambil bahagian dalam acara berpasukan dan individu di Jakarta dengan sasaran menyamai pencapaian empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan yang menyaksika­n Malaysia memenangi pingat gangsa berpasukan dan perseorang­an lelaki menerusi Chong Wei.

“Jika BAM memutuskan untuk menghantar pasukan kali ini dengan tujuan pendedahan, jadi saya fikir Jia Wei perlu diberi peluang kerana dia masih muda dan mempamerka­n prestasi yang baik dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Namun, jika mahu pasukan yang mampu memberi cabaran, Iskandar perlu ada kerana dia mempunyai pengalaman yang boleh membimbing pemain lain,” kata Rashid.

 ??  ?? CHONG Wei
ISKANDAR
CHONG Wei ISKANDAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia