Harian Metro

‘Bukan salah KBS’

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

 Kontraktor Kuckreja & Co gagal patuhi perjanjian

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menangguhk­an baki bayaran akhir berjumlah RM40,000 kepada kontraktor

Kuckreja &

Co kerana mereka gagal mematuhi perjanjian termasuk menyiapkan kerja menanggalk­an semula permukaan getah gelanggang hoki dalam dewan yang dipasang di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali

berkata, sebelum kejadian, syarikat kontraktor terbabit Kuckreja & Co diberikan kontrak untuk memasang dan membuka permukaan getah bagi gelanggang hoki dalam

(gambar)

dewan di MITEC untuk kegunaan temasya Sukan SEA KL 2017.

Berikutan itu, selepas KL2017 berakhir, Kuckreja & Co diarahkan untuk menanggalk­an permukaan getah itu seperti disebut dalam kontrak.

“Bagaimanap­un, mereka enggan melakukan kerja itu dan meminta bayaran akhir berjumlah RM40,000 diberikan terlebih dulu.

“KBS tidak menunaikan permintaan itu kerana bayaran akhir hanya akan diselesaik­an apabila siap semua kerja sebagaiman­a sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, keengganan Kuckreja & Co menanggalk­an semula permukaan getah itu menghalang kerja beberapa kontraktor lain yang mahu mengeluark­an peralatan lain yang turut digunakan di gelanggang hoki itu.

Oleh kerana itu, Lokman berkata, KBS terpaksa membenarka­n

permukaan getah itu dibuka oleh kontraktor lain bagi membolehka­n peralatan mereka dikeluarka­n.

“Akibatnya, enam daripada 28 gulung permukaan getah itu rosak. Baki 22 gulung permukaan getah yang berada dalam keadaan baik kini berada dalam simpanan KBS.

“KBS akan bertindak memotong sebahagian jumlah bayaran akhir kepada syarikat Kuckreja & Co ini sebagai ganti rugi akibat kegagalan mereka menyiapkan kerja menanggalk­an semula permukaan getah,” katanya.

Berhubung kelewatan pembayaran akhir sepeti dilaporkan dalam media sebelum ini, Lokman berkata, ia berpunca daripada dokumen sokongan yang belum dilengkapk­an kontraktor itu.

“Kontraktor itu juga sudah diminta untuk mengemukak­an dokumen berkenaan dan pembayaran akan dilaksanak­an sebaik saja dokumen itu diterima,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia