Harian Metro

Kontinjen negara muncul juara keseluruha­n ASG

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Shah Alam: Selepas empat tahun, kontinjen negara akhirnya berjaya mengakhiri kemarau apabila muncul juara keseluruha­n pada edisi ke-10 Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN (ASG) yang berakhir semalam.

Kontinjen yang diketuai Zainal Abas muncul juara keseluruha­n apabila mengumpul 37 pingat emas, 34 perak dan 32 gangsa sekali gus meninggalk­an Indonesia di tempat kedua dengan 31 emas, 36 perak dan 30 gangsa.

Juara edisi lalu, Thailand pula di tempat ketiga dengan 19 emas, 21 perak dan 31 gangsa.

Kali terakhir Malaysia muncul juara keseluruha­n pada 2014 ketika kejohanan itu berlangsun­g di Marikina, Filipina dan sebelum itu Malaysia muncul juara pada 2010 ketika menjadi tuan rumah.

Terdahulu di

Pusat Akuatik

Darul Ehsan, skuad renang negara menambah satu emas, satu perak dan satu gangsa.

Perenang lelaki, Sebastian Soon menghadiah­kan emas terakhir negara dalam acara 1,500 meter gaya bebas apabila mencatat 16 minit 9.87 saat diikuti perenang Indonesia, Joe Aditya Wijaya Kurniawan yang meraih perak dengan catatan 16:16.88s.

Gangsa pula diperoleh perenang Singapura, Luke Tan (16:21.63s).

“Tahun lalu, saya hanya memenangi dua gangsa dan kali ini saya berjaya memperbaik­i pencapaian itu apabila memenangi tiga emas (200m rampaian individu, 400m rampaian individu dan 1,500m gaya bebas).

“Sudah tentu saya gembira dan bangga dapat mewakili negara pada penampilan terakhir saya di ASG,” kata pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua, Kajang. Sebastian berkata, kejayaanny­a itu juga memberi semangat kepadanya yang akan tampil buat kali pertama mewakili Kuala Lumpur di Sukan Malaysia (SUKMA) di Ipoh, September ini.

(gambar)

 ??  ??
 ??  ?? SEBASTIAN (kanan) bersaing dengan perenang Singapura, Luke Tan Yu Yang dalam acara 1,500 meter gaya bebas, semalam.
SEBASTIAN (kanan) bersaing dengan perenang Singapura, Luke Tan Yu Yang dalam acara 1,500 meter gaya bebas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia