Harian Metro

Barca sambar Malcom

- Reuters

 Pintas hajat Roma saat akhir dapatkan khidmat bekas penyerang Bordeaux

Barcelona berjaya mendapatka­n khidmat penyerang Brazil, Malcom dengan harga 41 juta euro (RM194 juta) dari Bordeaux dengan kontrak lima tahun walaupun dia sebelum itu hampir berpindah ke AS Roma.

Pemain berusia 21 tahun itu sepatutnya menyertai Roma minggu ini, tetapi media melaporkan tawaran saat akhir Barcelona mengubah fikiran Malcom dan kini menjadi pemain baharu ketiga Barca pada jendela perpindaha­n pemain semasa.

“Perasaan yang amat unik,” katanya di pejabat Barca, semalam.

“Saya amat gembira. Ini impian saya sejak kecil untuk menjadi sebahagian daripada pemain kelab terhebat di dunia dan saya berharap dapat menggembir­akan penyokong,” katanya ketika ditemurama­h dalam laman web kelab.

Sementara itu Pengarah Sukan, Monchi dalam laman web Roma menjelaska­n rasa tidak puas hati mereka.

“Kami memikirkan pilihan lain dan melihat kemungkina­n membabitka­n aspek perundanga­n. Memang benar, tiada apa-apa ditandatan­gani tapi ada banyak mesej antara kami, ejen dan presiden mereka yang boleh membantu kami,” katanya.

Media melaporkan destinasi Malcom berubah selepas usaha Barca mendapatka­n pemain Brazil, Willian dari Chelsea gagal.

“Malcom akan menjalani ujian perubatan hari ini dan terus menyertai kelab menghadapi jelajah AS,” menurut jurucakap juara Sepanyol itu.

Malcom menyertai Bordeaux dari kelab Brazil, Corinthian­s pada Januari

2016 dan menjaringk­an 23 gol dalam 96 penampilan bersama kelab itu.

Dia pemain kedua

Brazil dibeli Barca selepas mendapatka­n pemain berusia 21 tahun, Arthur dari Gremio.

Awal bulan ini Barcelona mengikat pertahanan Perancis berusia 23 tahun, Clement Lenglet dari Sevilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia