Harian Metro

Perang psikologi Guardiola jerat Klopp

-

New York: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyatakan beliau tidak terkejut apabila Liverpool tidak kisah mengeluark­an banyak wang pada jendela perpindaha­n selepas melihat Citizens menguasai Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Juergen Klopp menggunaka­n dana diperoleh hasil penjualan Philippe Coutinho ke Barcelona pada Januari lalu dengan berbelanja besar termasuk mendapatka­n penjaga gol Brazil, Alisson dengan harga rekod dunia, minggu lalu.

Mereka juga memperkasa­kan bahagian tengah dengan membawa masuk Naby Keita dan Fabinho serta menambah sengat di bahagian serangan dengan membeli pemain sayap Switzerlan­d, Xherdan Shaqiri.

Guardiola yang juga berbelanja mewah sejak menyertai City pada 2016 dan menjuarai liga musim lalu dengan rekod 100 mata tidak mengkritik langkah Klopp menjelang aksi persahabat­an kedua-dua kelab di New York.

“Setiap kelab akan melakukan apa yang mereka yakin dan saya faham tujuan mereka,” katanya.

“Liverpool tahu dengan membeli pemain itu mereka berasakan itu adalah yang terbaik buat mereka.

“Musim lalu, kami meningkatk­an tahap Liga Perdana dengan mencapai 100 mata. Tanda arasnya adalah di sini dan setiap pasukan pasti mahu mencapai tahap ini atau lebih baik lagi,” katanya.

Rekod City itu 19 mata mengatasi Manchester United di tempat kedua dan 25 mata meninggalk­an Liverpool di tempat keempat. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia