Harian Metro

Usah risau, pasti selamat: PSSI

-

Kuala Lumpur: Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memberi jaminan akan menyediaka­n tahap keselamata­n maksimum terhadap skuad bawah 23 (B-23) tahun negara di Sukan Asia Jakarta-Palembang, bulan depan.

Jaminan itu dinyatakan Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria sambil menjelaska­n kawalan ketat bukan saja untuk skuad Harimau Malaya, tetapi juga buat semua pasukan yang bertanding pada temasya berkenaan.

“Banyak sejarah (insiden penyokong) berkenaan (pasukan bola sepak) Indonesia dan Malaysia, sudah pasti kami akan melindungi pemain 100 peratus.

“Pada Piala AFF 2010, kami menyediaka­n kawalan ketat yang membabitka­n polis dan tentera, jadi kami akan lakukan perkara sama pada Sukan Asia nanti.

“Kami akan melihat dari pelbagai sudut dalam memastikan kawalan keselamata­n terbaik dapat dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), di sini, semalam.

Kebimbanga­n mengenai kelakuan ganas penyokong Indonesia tercetus selepas skuad bawah 19 (B-19) tahun negara didakwa dibaling objek ketika mahu memasuki bilik persalinan selepas aksi separuh akhir kejohanan AFF B-19 di Surabaya pada 12 Julai lalu.

Selain itu, Ratu turut mengakui sukar untuk pihaknya mengawal emosi penyokong yang sudah lama dahagakan kejayaan dalam arena bola sepak negara itu.

“Ia bukan saja mengenai (aksi) Indonesia dan Malaysia saja, Indonesia berdepan konflik yang lama dalam bola sepak termasuk penggantun­gan daripada FIFA (Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa).

“Walaupun hanya aksi pemain muda, mereka (penyokong) sangat dahagakan kemenangan, dan ia bukan saja apabila berdepan Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia