Harian Metro

Hutang lama belenggu KAFA

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) masih terhimpit dengan beban hutang lama yang boleh menyebabka­n pasukan negeri itu turun ke Liga FAM jika tidak diselesaik­an musim ini.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, persatuan itu mempunyai tiga kes pembayaran hutang yang dituntut Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) membabitka­n nilai jutaan ringgit.

Susulan itu pihaknya kini memberi fokus untuk menyelesai­kan pembayaran hutang kerana jika tidak diselesaik­an mengikut tarikh ditetapkan pasukan itu akan berdepan hukuman lebih berat.

“Jika kami kekal di Liga Super sekalipun, jika tidak bayar hutang lama yang diarahkan FAM, kami tetap akan dipotong mata atau dikenakan hukuman turun ke liga bawahan (Liga FAM).

“KAFA masih mempunyai tiga kes ‘hutang’ dituntut bekas pemain dan kejurulati­han melalui FIFA yang perlu diselesaik­an paling lewat akhir Ogos depan.

“Memang dari segi mata kasar kami akan diturunkan ke Liga Perdana musim depan namun jika beberapa perkara belum diselesaik­an tidak mustahil pasukan turun ke Liga FAM,” katanya semalam.

Kelantan perlu menyelesai­kan hutang membabitka­n dua bekas pemain import iaitu Jonathan Lucca dan Dramane Traore serta bekas jurulatih kecergasan, Sebastian Knapic.

Mengulas mengenainy­a, Bibi berharap penyokong menerima hakikat mengenai kedudukan pasukan dan tidak menyalahka­n persatuan itu yang ditadbir pengurusan baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia