Harian Metro

TERJUN SUNGAI

-

Warga emas melecur belakang badan dan kedua-dua kaki disambar api

motosikal kerana bimbang keselamata­n ibu (Emma) yang berseorang­an di rumah selain sukar untuk bergerak kerana mengalami penyakit darah tinggi.

“Ketika tiba, rumah mula dijilat api. Saya tidak mampu berbuat apa-apa hanya menjerit meminta tolong menyelamat­kan ibu saya,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Likas di sini, semalam.

Azizah berkata, tidak lama selepas itu, sepupunya memaklumka­n ibunya selamat dan berada di rumahnya.

“Sebaik dimaklumka­n ibu selamat, saya terus bergegas menemuinya sebelum ibu di hantar ke hospital (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, semua harta benda di rumahnya musnah dan tiada apa yang dapat diselamatk­an.

“Ketika kebakaran, ibu seorang diri di rumah manakala suami dan adikberadi­k lain bekerja.

“Kini yang tinggal hanya pakaian yang saya pakai,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi wanita warga emas, Jumliah Suban, 60, berkata, dia terpaksa mengesot untuk menyelamat­kan diri kerana mengalami masalah kencing manis.

“Ketika itu saya seorang diri di rumah dan terkejut apabila jiran menjerit rumah mereka terbakar.

“Saya sekuat tenaga mengesot ke pintu hadapan kira-kira 20 meter dan menjerit meminta tolong sebelum cucu saya berusia 14 tahun memapah keluar ke kawasan selamat,” katanya.

Kelmarin, kira-kira

150 rumah di kawasan setinggan yang didirikan di Kampung Cenderamat­a 2 musnah.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, api dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain, selain dibina daripada papan.

 ??  ?? 150 rumah kawasan setinggan di Kampung Cenderamat­a
2 musnah
MANGSA Emma bersama anaknya Azizah (dua dari
kiri) ketika ditemui di pusat penempatan sementara
di Dewan Serbaguna Kampung Likas.
150 rumah kawasan setinggan di Kampung Cenderamat­a 2 musnah MANGSA Emma bersama anaknya Azizah (dua dari kiri) ketika ditemui di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Likas.
 ??  ?? MOHD Shafie melawat tapak kebakaran di Kampung
Cenderamat­a 2, Likas.
MOHD Shafie melawat tapak kebakaran di Kampung Cenderamat­a 2, Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia